Ini merupakan maklumat daripada blog My Massa. Bahaya. Ancaman ini perlu dielakkan dari terus merosakkan anak-anak muda kita. Mari kita baca perkongsian dari MyMassa.
Ntah apa bala yang menimpa umat Islam di Malaysia sekarang ini? Satu puak suka mengapirkan umat Islam yang lain kerana perbezaan idealogi politik... Satu puak lagi dok terpengaruh dengan dakyah songsang nak mati syahid di Syria...
Satu puak lagi terlalu liberal mengagungkan idealogi sekularisme, pluralisme, liberalisme dan sosialisme (SEPILIS). Sebahagian puak lagi dah jadi pentaksub Syiah, Ayah Pin, Rasul Melayu dan Ahmadiyah...
Kini timbul plak puak mengaku sebagai pengikut ajaran Millah Abraham. Ramai plak tu menganut ajaran sesat ni di Pahang spesifiknya di Felda-Felda.
MUADZAM SHAH – Satu ajaran sesat dikenali Millah Abraham dipercayai pecahan daripada Gerakan Pemuda Kahfi Indonesia yang difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Pahang sekitar tahun 2009 dikesan di Felda Keratong, di sini, melibatkan 13 individu.
Jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), berkata, pengikut ajaran sesat ini pada mulanya dikesan di Jerantut selepas ibu bapa kepada seorang pemuda di sana membuat aduan kerana berasa hairan dengan pendapat dan pandangan anaknya itu mengenai Islam.
“Ibu bapa pemuda berkenaan yang belajar di salah sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Selangor telah membuat aduan kerana mendapati pendapat dan pandangan anak lelakinya itu agak bertentangan dengan ajaran Islam.
“Pihak penguat kuasa Jaip menemui pemuda itu dan menjalankan soal siasat seterusnya membongkar 13 lagi pengikut Millah Abraham berada di Felda Keratong, Muadzam Shah, Rompin,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Jurucakap Jaip menjelaskan, enam keluarga pengikut ajaran sesat Millah Abraham di Felda Keratong berjaya dikesan dan satu sesi taklimat mengenai ajaran sesat berkenaan diberikan di samping menjalankan soal siasat di Balai Polis Muadzam Shah, baru-baru ini.
Menurutnya, ajaran sesat yang didapati menyeleweng daripada akidah Islam itu dipercayai mempunyai ramai pengikut di Selangor dan kira-kira 5,000 pengikut seluruh Malaysia.
Katanya, pengamal ajaran sesat itu juga menyasarkan golongan muda yang kurang ajaran Islam menjadi medan dakwah mereka.
“Mereka (pengikut ajaran sesat Millah Abraham) mengaku bukan beragama Islam kerana mendakwa Islam bukan agama yang asli tetapi menganggap Millah Abraham adalah agama sebenar yang kononnya ajaran Nabi Ibrahim selain tidak makan daging sembelihan orang Islam.
“Terdapat enam fasa dalam ajaran sesat ini iaitu pertama, dakwah secara sembunyi dan ini sudah dilepasi, kedua adalah dakwah secara terang-terangan yang merupakan fasa terkini, ketiga fasa hijrah serta fasa keempat adalah jihad kital iaitu bunuh orang yang tidak mengikut ajaran mereka, fasa kelima mewujudkan sistem pemerintahan sendiri dan keenam menubuhkan negara,” katanya.
Jurucakap itu berkata, fasa keempat dakwah ajaran sesat berkenaan mempunyai unsur militan dan pihak Jaip kini dengan kerjasama polis sedang melakukan pemantauan.
Selain itu, cara pengikut ajaran sesat ini bersembahyang adalah hanya dengan menyampaikan makna-makna yang terdapat dalam al-Quran melalui penggunaan Bahasa Melayu.
“Mereka mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah tetapi hanya pada waktu itu kerana mereka percaya ada nabi lain hingga kini selain mereka juga tidak berpegang pada hadis,” katanya.
Sinar Harian
Apa yang kita perlu tahu?
Fakta ajaran sesat Millah Abraham;
Menyatakan agama Islam yang ada sekarang tidak lagi asli kerana Islam sebenarnya telah terhapus akibat serangan Monghul terhadap kerajaan Abbasiyah pada abad ke 10 dan 11.
Menolak fakta Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan Quran bukan kitab yang betul dan tidak lengkap.
Kerana Islam sekarang tak lengkap maka ajaran Millah Abraham akan melengkapkan ajaran Islam tersebut.
Ajaran ini berasal dari golongan Anti Hadis dan Ingkar Sunnah berpusat di Indonesia.
Ia menjadi lebih berpengaruh apabila ajaran sesat Negara Islam Indonesia (NII) mengasaskan Gerakan Pemuda Khafi (GPK) menyokong pendanaan dan perekrutan ahli-ahli.
Ajaran Millah Abraham ini juga mempunyai kaitan langsung dengan ajaran sesat Al Qiyadah Al Islamiyah pimpinan Ahmad Musodiq yang difatwakan sesat oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI).
Kini ajarannya dikembangkan melalui Gerakan Fajar Nusantara (GAFATAR)
Mencampur adukkan kefahaman Yahudi dan Kristian yang dianggap sebagai Abraham Faith atau Millah Abraham
Menolak kewajipan solat dan menyeru para ahli meninggalkan solat atau hanya dengan niat ritual sahaja.
Pemimpin dan pengikut tidak mempunyai latar belakang agama yang kukuh meskipun mereka terdiri dari golongan profesional dan terpelajar.
Menafsir ayat Quran menurut fahaman akal fikiran mereka sendiri.
Difatwakan sebagai ajaran sesat oleh Mufti Selangor dan Pahang pada tahun 2009 dan Mufti Wilayah Persekutuan pada 2011.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pernah menahan 15 orang pengikut ajaran ini pada Disember 2013 lalu dan diberikan pemulihan akidah.
Dari maklumat sahih yang diterima, pihak JAIP telah memanggil para ibu bapa kepada anak-anak yang menjadi pengikut ajaran sesat ini.
Mereka telah diberi nasihat agar membetulkan akidah mereka dan anak-anak mereka serta kembali ke ajaran Islam yang sebenar.
JAIP akan memantau ajaran ini dan akan mengambil tindakan tegas di bawah undang-undang sedia ada.
Dari penyiasatan dan penelitian kami didapati para ibu bapa ini kebanyakannya adalah para peneroka dan keluarga Felda.
Bila disiasat-siasat lagi latar belakang mereka ada di kalangan mereka adalah ahli-ahli PAS yang pernah membawa kes saman peneroka terhadap Felda berhubung isu kadar gred perahan kelapa sawit.
Kes tersebut masih tertangguh tunggu perbicaraan sementara lawyer-lawyer PKR; R.Sivarasa, N.Surendran dan Latipah Koya sibuk mengira-ngira keuntungan yang bakal mereka rembat dari para peneroka.
Bertambah menarik lagi, ada di kalangan mereka juga pernah membuat laporan polis di beberapa balai polis di daerah Rompin berhubung isu pihak Felda tak bayar duit raya dan dividen FGV berjumlah hampir RM1000.00 baru-baru ini.
Sekali lagi lawyer-lawyer PKR diambil mengendalikan kes mereka tagih duit raya dan dividen FGV itu.
Kami tak tuduh tetapi siapa yang rapat dan tahu latar belakang para peneroka ini memang tak menafikan mereka ini turut terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tak pun melalui anak-anak mereka.
Kesian, di kala mereka kutuk kerajaan, Felda dan UMNO secara habis-habisan, rupa-rupanya Allah telah menurunkan musibah dengan rosaknya akhlak dan akidah anak-anak mereka kepada ajaran Millah Abraham ini.
Harap pihak berkuasa bertegas tak bagi peluang puak-puak sesat ini bermaharajalela...masih ingat kes pengikut Tuhan Harun menembak mati pegawai JAIP tak berapa lama dulu?
K7L : bahaya brooooo...
Sila jelaskan apa maksud ustaz muda itu secara jelas. Satu kata-kata yang boleh mengelirukan umat Islam.
ReplyDeleteNau'zubillah! Mcm. manalah ajaran si Yahudi ZIONIS boleh pual merebak kat Felda - itulah univ dan kolej mesti juga dipantau keran anak-anak muda senang terhasut. Aku tengok kdg-kdg "website" kolej swasta kat Malaysia ni bukan main lagi - dgn. MEMUJA budaya Barat-ZIONIS; dan ada yg. nampak sgt. benci dgn. sebarang imej Islam termasuk gambar pelajar wanita Islam bertudung (MAS tu pun sama - paramugarinya makin macm. muka paramugari SIA)!
ReplyDeleteMalangnya, kita terus didedahkan budaya Barat-Zionis dimana, bercakap kasar atau melawan ibubapa adalah seolah perkara normal (tengok sajalah drama-drama mereka). Sebab itu ibubapa sekarang takut nak menegur anak walau supaya Solat lima waktu, atau takut menasihati anak untuk mencari pasangan hidup yang soleh, bukan berasaskan rupa atau harta.
Lihat sajalah cara hidup ramai selebriti atau VIP kita, di mana anak-anak mereka dibesarkan dgn. terlalu manja cara Barat.
Makcik Sambal Belacan.
geng millah Abraham kalau berdakwah pakai jin,itu yg ramai terkena & tertarik
ReplyDeletegeng millah abaraham ni pakai sihir apabila berdakwah kegiatan mereka,itu ramai yg terkena
ReplyDeleteAssalamualaikum semua...
ReplyDeletePengikut Millah Abraham berdakwah pakai jin? pakai sihir? Allah HuAkhbar... kenapa begitu mudah menjatuhkan hukum? kenapa terlalu mudah meminta neraka...benar2 abis siasat kah?
saya pernah berhadapan antara ahli mereka, dan pernah bersoal jawap berkenaan hal ajaran mereka serta arah tuju islam zaman sekarang, benar ajaran islam sekarang banyak yang mengarut dan banyak juga yang kebenaran nya telah 'Bangkit'.
Usah terlalu gelabah dan takut,masakan boleh takut jika mengakui Diri mu benar & yakin dengan petunjuk ALLAH? bukankah sebaik2 Pelindung & Penyelamat adalah DIA, ALLAH SWT...
pada pandangan saya ajaran millah Abraham itu ia ada benarnya dan ada juga boleh menyebabkan kekeliruan kembali pada mereka, dan saya menghormati mereka dan sekali-kali takkan menghukum mereka, kerana seadil2 hakim itu adalah ALLAH SWT, dan yg memberi HIDAYAH itu adalah kehendak-Nya, bukan milik siapa2...
jadi disini tiada istilah pakai jin / sihir untuk menarik orang2 supaya mengikut ajaran mereka, melainkan mereka yg masih terbelenggu, tiada kesedaran DIRI, masih dengan sikap ikut mengikut...
balik lah pada Quran dan Sunnah...
Dorg baca Quran, kita juga baca Quran, apa yg nak ditakutnya lagi? jika membaca membabi buta sekadar mahukan pahala/syurga, memang celaka lah...Dlm Kitab Quran, Tuhan Sendiri melarang jgn melakukan sesuatu tanpa pengetahuan, Maka Carilah..Cari lah sebenar2 apa yg Tuhan mahukan..bkn menjaja/cari salah keburukan orang,mencari nama dan berada pada golongan yang ramai, KEBENARAN tidak berada disitu.. :)