08/10/2014

Apa Sudah Jadi Dengan Badminton Dan Takraw Malaysia? @KhairyKJ


Jika tahun 70-90 an, dua sukan ini memang menjadi 'kacang' untuk skuad Malaysia merangkul pingat emas. Dua sukan yang jika nama Malaysia disebut pasti menggigil lutut lawan. Namun kini apa sudah jadi?


Badminton kita semakin merosot. Hanya Datul Lee Chong Wei menjadi sandaran negara. Sampai bila mahu diperah keringat dia? Nak dia main badminton sampai umur 77 tahun kah? Mana pergi pelapis?

Apa masalahnya sekarang ini? BAM dah jadi macam persatuan yang ditubuhkan untuk mereka 'bertanding' sahaja. Peningkatan untuk mencari bakat baru seolah-olah tidak wujud lagi. 

Punyalah ramai orang Melayu, Cina, India dan bangsa lain yang Keris lihat boleh bermain badminton, tinggal untuk dilatih sahaja. Mengapa mereka ini tidak diambil untuk berlatih? Apa yang tidak kena?

Rasanya sudah tiba masa BAM dipelopori oleh orang sukan. Ramai yang mampu bawa nama Malaysia digeruni semula. Kalau semua sibuk nak pegang sebab nama, memang hancurlah.


Kita dimalukan di Sukan Asia 2014. Takraw yang suatu ketika dahulu, negara Gajah Putih pun goyang kalau dengar Skuad Malaysia jejak gelanggang. Sekarang mereka anggap skuad takraw Malaysia sama macam Siput Sedut je.

Pesatuan Sepak Takraw Malaysia wujud? Bukan ada yang baru menang ke pemilihan baru-baru ini? Masih tidak tukar kepimpinan. Ok tak mengapa itu masalah korang. Tapi kalah teruk ni apa cerita?

Kenapa orang politik sibuk nak pegang jawatan dalam persatuan sukan? Dah tiba masa beri orang sukan juga. Hanya mereka yang tahu lebih dalam. Hentikanlah zaman 'Tempa Nama' dengan persatuan sukan. 

Kita mahu kualiti sukan bukan duit sahaja. Tolonglah YB KJ buat sesuatu. Jangan sampai kita dah tak ada pingat baru nak sedar. 

K7L : Kecewa tengok game takraw.. macam 'shit'!

1 ulasan:

  1. Minta izin WM untuk iklan

    Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

    Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

    Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

    Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hantar segera sms ke 013 2704567(anda akan dihubungi segera)..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk