Saya merujuk kepada kenyataan media saudara bertarikh 27 Disember 2015 yang menarik balik kenyataan saudara bertajuk: "Will Malaysia boycott the Olympic Games if Israel were to be the host country of Olympic Games?".
Melalui kenyataaan media terbaru saudara, nampak jelas saudara mahu meletakkan kesalahan kepada orang lain dengan menekankan saudara sangat menyesali kenyataan saudara diputarbelitkan pihak tertentu.
Apa permainan politik yang saudara mahu mainkan? Tiada siapa yang memutar belit selain saudara sendiri. Memang sudah jelas pendirian saudara mempertahankan supaya atlet Israel itu diberikan pelepasan masuk. Kononnya atas semangat kesukanan. Tidakkah saudara tahu ia secara tidak langsung merupakan pengiktirafan kepada negara Israel itu sendiri? Tidak perlu belajar sains roket untuk memahami perkara ini.
Saudara ada memetik penafian visa kepada atlet Israel adalah diluar semangat kesukanan. Suka saya memetik kisah seorang pelari olimpik dari Gaza, Nader Al-Masri. Beliau sudah 2 tahun berturut-turut dihalang masuk ke Israel untuk menyertai acara larian marathon di Israel. Apakah saudara fikir Israel sangat menghormati semangat kesukanan dengan menghalang beliau menyertai acara larian tersebut?
Episod ini menampakkan bahawa saudara sangat naif dalam isu Palestin dan terburu-buru ingin mendapat nama dalam isu sukan. Apabila dikritik dari pelbagai sudut, saudara menarik balik kenyataan tersebut sebegitu pantas. Semoga dilain hari, jika mahu menarik balik kenyataan, mulakan dengan permohonan maaf, kemudian menyesali tindakan tersebut. Ini tidak, marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Akhir sekali saudara ada bertanya jika Israel dipilih sebagai negara hos sukan olimpik, adakah Malaysia akan memboikotnya kerana polisi diplomasi? Jawapan pada soalan itu mungkin saudara boleh bertanya kepada Tony Pua, saban hari membantai PAS, putuskan hubungan diplomasi, tetapi kenapa masih sama memerintah di Selangor? – 28 Disember, 2015.
Sumber : TMI
Untuk pengertahuan rakyat Malaysia, artikel Chong di blognya masih belum diturunkan biarpun telah membuat kenyataan menarik balik. Senangkan? Buat salah minta maaf lepas itu buat lagi. Minta maaf lagi. Israel dan penyokong mereka wajar diberi muka?
K7L : Pilih DAP = Pilih Penyokong Israel
Mana2 yg tak ikut rentak tarian lim guan eng dan lim kit sial akan ditentang.Kedua2nya adalah raja dlm dap.
ReplyDelete