10/12/2015

Pembungkus Makanan Daripada Surat Khabar Lebih Bahaya Dari Vape?




Ramai juga yang marah apabila cadangan ini disuarakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tenatang penggunaan kertas bercetak atau surat khabar untuk membungkus makan terutamanya nasi lemak.

Di sini Keris ingin berkongsi sedikit pengetahuan tentang bahayanya cara pembungkusan tersebut. Selain itu ia bukan sahaja bahaya untuk membungkus, ia juga bahaya jika dijadikan alas untuk menyerap minyak daripada makanan.


Penyelidik barat melaporkan bahawa dakwat surat khabar mengandungi bahan yang boleh memberi pelbagai kesan negatif pada tubuh badan. Kajian telah menunjukkan ada dakwat surat khabar yang karsinogenik (penyebab kanser) dan ia boleh meresap ke dalam makanan.

Oleh kerana kita tidak tahu dakwat yang digunakan oleh pencetak itu toksik atau tidak, adalah lebih baik mengambil sikap berhati-hati dengan memastikan kita tidak menggunakan kertas surat khabar bagi membungkus makanan dan menggunanya sebagai alas untuk menyerap minyak.

Banyak Surat khabar menggunakan dakwat berkualiti rendah yang sangat toksik. Surat khabar lama adalah tempat sangat kondusif untuk pembiakan bakteria. Ia boleh menyebabkan keracunan makanan jika digunakan.

K7L : Mencegah lebih baik daripada merawat..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk