15/12/2015

Ada Usaha Tidak Mahu Melihat UMNO-PAS Bersatu?




Dikatakan UMNO telah menajdi musuh tradisi PAS kerana prinsip syarak. Semua ini Keris terima dalam sebuah keratan online. Inilah 'screenshot' yang dijadikan modal oleh beberapa pihak. 

Tatkala kita sudah mendendangkan 'politics of governance, masih wujud mereka-mereka yang cuba menyanyikan semula lagu 'politics of dissections'. Sedangkan dalam keadaan sekarang kita memerlukan transformasi gabungan parti Melayu.

Demi memastikan Islam tidak lagi dicabar dan tidak lagi dipermainkan. Ya! Pesuruhjaya PAS Selangor pertikai kenapa sekarang dan tidak ketika UMNO kuat. YB Iskandar telah disogok dengan jawatan Exco Negeri ehsan PKR.

Tetapi apakah itu memberi kelebihan kepada PAS yang sedang 'dibunuh' secara total oleh DAP-Amanah? 

 

Dan atas sebab itulah Timbalan Presiden PAS perlu bersedia menerima huluran tangan daripada UMNO.  Kalau benar sayangkan Islam. Lihat sahaja di Kelantan. Dmei ISLAM UMNO telah bersedia untuk bersama melaksanakan hudud. 

K7L : Kena ingat.. DAP dan PKR yang tentang hudud.. bukan UMNO...

4 ulasan:

  1. Harap PAS tak terima huluran salam yang tak ikhlas. Bila dah terkoner baru nak hulur salam. Sejak dulu, sebelah mata pun tak pandang PAS. Kalau nterima, PAS akan mendapat balasan yang lebih teruk berbanding waktu dengan DAP. UMNO nak berbaik dengan PAS sebab desprate, tahu, PAS ini ALTERNATIF keepada orang Melayu yang tak mahu pangkah DAP/PKR. Harap pas stay strong.

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh kerjasama dgn parti kapir dan parti leberal, apa masalah pulak nak kerjasama dgn sesama Islam ?

    Tak paham aku puak puak PAS ni, Nabi saw kata, Tuhan paling benci org yg suka bermusuhan. Nabi saw jugak kata sifat degil, angkuh, kasar tu sifat ahli Neraka. Puak puak ni tak baca ke ? Ke depa ada nabi lain ?

    ReplyDelete
  3. aku rasa dah lama umno menghulurkan tangan pada pas sejak arwah nik Aziz ada lagi dan sebelum pemimpin akdemik pas berhijrah ke PAN , untuk menguatkan islam dan melayu...kalau pas bersendirian pun tak kemana, selagi ada beberapa kerat pemimpin hati hitam pas seperti husam musa, Ibrahim man, mahfuz omar dan beberapa orang lagi...kemungkinan besar gabungan umno-pas tidak terjadi....

    ReplyDelete
  4. Isu penyatuan umat Islam didalam UMNO dan PAS sebenarnya kuat atau tak kuat sesuatu parti itu bukan urusan kita secara mutlak sebab setiap sesuatu yg telah atau yang akan berlaku itu sentiasa mengikuti apa yang telah ditetapkan Pencipta pada Loh MahfuzNya. Pendek kata realiti yang bersifat masa akan datang pada kita hanya bersifat "sejarah" sahaja disisi yang Maha Mengetahui. Apa yang "baharu" kepada kita sebagai hambaNya adalah penerimaan kita samada kita redha atau tidak kepada ketetapanNya samada baik atau pun yang buruk pada tanggapan kita sebenarnya. Justeru itu bila ada segelintir pemimpin PAS yang berasa "terancam" dengan gabungan dan terus menolak pelawaan yang baik itu. Eloklah mereka muhasabah diri dan bertanya apakah ruginya sekiranya meneruskan kerjasama dan menyambut baik pelawaan yang bersifat ukhwah dari pemimpin tertinggi dari UMNO. Apa tah lagi pelawaan itu datang dari kalangan sesama Islam.


    Apa kah keputusan itu mewakili penyokong pemimpin PAS itu sendiri atau bukan? Tidak kah penolakan itu bersifat memutuskan silaturahim namanya? Tidak kah PAS parti yang sepatutnya kuat untuk membawa nilai-nilai Islam yang berteraskan sunnah nabi dan Al Quran yang sepatutnya berpegang teguh pada Tali Allah? Penyokong PAS peringkat akar umbi harus menilai semula sokongan mereka terhadap pemimpin yang tidak mampu untuk atau hanya akur secara selektif sahaja terhadap larangan Rasulullah SAW didalam hadis Baginda terutama sekali terhadap pendekatan silaturahim ini.


    Ini adalah kerana apabila mereka menolak salam ukhwah dari pemimpin UMNO (yang memang Muslim) mentah-mentah seolah-olah ada rasa dendam sesama kita maka itu sudah menampakkan betapa kita tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditetapkan oleh yang Maha Mengetahui. Apa pun sepatutnya kita harus rasa beruntung sentiasa kerana boleh menerima akidah Islam sebagai anutan roh kita. Kita sentiasa diuji oleh keadaan dan sentiasa diperhatikan Pencipta samada kita mampu atau tidak untuk patuh kepada arahan Nya supaya sentiasa berpegang teguh kepada Tali Allah. Apabila Rasulullah memberi arahan supaya jangan sesekali memutuskan silaturahim sesama kita yang berugama Islam maka kita sepatutnya mempamirkan rasa syukur kepada ALLAH dengan cara akur kepada hadis Rasulullah SAW itu. Terdapat dalil yang serupa dengan maksud hadis Rasulullah SAW itu didalam Al Quranul Karim.


    Contohnya surah Muhammad ayat 22 dan 23 yang bermaksud: Maka apakah kiranya, jika kamu sekalian berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim? Mereka itulah orang yang dilaknat Allah dan dipekakkan telinga mereka dan dibutakan penglihatan mereka.


    Sebaliknya ALLAh telah mengingatkan kita lagi didalam firman-Nya pada surah an-Nisa ayat 1 iaitu: Dan bertakwalah kamu kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan nama-Nya dan peliharalah hubungan silaturahim.


    Oleh itu kegagalan untuk meneruskan hubungan silaturahim itu cuma akan mengakibatkan perpecahan sesama kita yang berbangsa Melayu dan berugama Islam. Keadaan inilah yang memang dimahukan sangat-sangat oleh orang DAP seperti Guan Eng dan Kit Siang. Ingatlah bahawa ALLAH telah mengancam sesiapa sahaja yang memutuskan silaturahim dengan mengharamkan bau syurga itu sendiri. Kalau dahulu PAS mengunakan slogan "Undi PAS Masuk Syurga" maka kali ini kita ingin untuk mengingatkan kepada semua bahawa “Memutuskan Silaturahim Haram Masuk Syurga”.


    Justeru itu pada hakikatnya kita ada dua pilihan samada untuk akur pada arahan Rasulullah SAW dan Allah subhanahuwata’ala atau pun akur kepada kehendak macai pembangkang yang terdiri daripada penyokong DAP dan serpihan PAS didalam PAN dan PKR. Perlu diingat PRU14 kali ini adalah pertembungan diantara UMNO dan DAP sebab walaupun pembangkang mungkin akan meletak seorang pemimpin Melayu sebagai Perdana menteri sekiranya mereka dapat menawan Putrajaya, DAP sebagai tauke besar tetap akan mengawal secara remote setiap keputusan yang bakal keluar daripada mulut pemimpin Melayu itu kelak. Inikah yang kita mahukan sangat-sangat tuan-tuan?

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk