Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, dilarang masuk ke Sarawak hari ini selepas Jabatan Imigresen Sarawak mengeluarkan Notis Penolakan Masuk kepadanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengarah Pilihanraya PKR itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dengan pesawat AK5120 pada jam 4 petang tadi dari Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Nurul Izzah diarahkan pulang semula ke Kuala Lumpur menaiki pesawat AK5211 pada jam 4.40 petang hari sama. Kena halau masa itu juga.
Dia sebelum itu dilaporkan akan mengadakan sidang media khas pada jam 6 petang,semalam, membabitkan pengenalan calon daripada parti berkenaan untuk berdepan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) di sebuah hotel di Kuching.
Pengarah Imigresen Sarawak, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad yang dihubungi mengesahkan pengusiran Nurul Izzah dari negeri Sarawak. Siapa suruh dia jadi pengkhianat bertemu dengan Jacel Kiram?
Tiada siapa pun suruh dia bersetuju untuk memenuhi permintaan anak serta jurucakap kepada individu yang bertanggungjawab mengorbankan beberapa pejuang Negara ketika serangan Lahad Datu.
Kesan daripada serangan tersebut, luka yang diterima oleh seluruh rakyat Malaysia masih lagi belum sembuh. Sebagai seorang Ahli Parlimen, dia sebenarnya tidak sepatutnya tergamak bertemu dengan musuh negara.
Hari ini kita sudah lihat akibat yang diterima oleh Nurul Izzah. Sekarang kita hanya perlu tunggu apa keputusan para pengundi Lembah Pantai. Masih mahukan seorang pengkhianat negara jadi wakil mereka?
K7L : Kalau pilih juga.. mesti ada wayar putus..
0 ulasan:
Post a Comment