Kelakar apabila Nik Nazmi yang cuba juarai anak muda tidak menunjukkan sikap yang baik. Dia sendiri telah ditolak oleh Ahli AMK. Jika tidak masakan ketika dirinya berucap didalam Kongres Nasional AMK, hanya dua tiga kerat sahaja yang mendengar.
Selebihnya boikot dan masih meneruskan sikap budak-budak perang dingin dalaman. Nik Nazmi kena tahu ini adalah disebabkan pemilihan yang tidak telus. Tidak pelikkah semua 'kapal' yang didayung oleh AMKBaru menang besar tetapi tidak kepada Calon Ketua, YB Amiruddin Shaari.
Tetapi dalam masa yang sama dia sempat mencerca Pemuda UMNO dan merasakan dirinya lebih hebat daripada YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Aneh! Yang dikutuk ini pula jika berucap Para Perwakilan tunggu daripada pagi hingga ke petang semata-mata ingin mendegar amanat YB KJ. Mungkinkah Nik Nazmi lebih hebat kerana mampu berhalusinasi dan bercakap dengan dinding serta kerusi?
K7L : AMK dah boleh bungkus...
K7L : AMK dah boleh bungkus...
0 ulasan:
Post a Comment