07/12/2015

Pulau Pinang Sering Banjir - Mana Pergi Duit Kerajaan Negeri?


 

Menjadi satu keanehan apabila kita melihat banjir sering berlaku di Pulau Pinang. Keprihatinan pihak DAP memang zero selama ini pun terhadap rakyat Pulau Pinang. Jika tidak masakan puak PKR ada yang boikot Ketua Menteri di dalam Sidang Dewan Negeri baru-baru ini.

Dikatakan kerajaan negeri perlu mengkaji semula pelan pembangunan di negeri Pulaiu Pinang termasuk cadangan menambak laut yang dikhuatiri memburukkan lagi keadaan. Apa sebenarnya yang ingin dibuat oleh Ketua Menteri?

Kejadian banjir kilat dan berlumpur yang berlaku awal minggu lalu yang telah menjejaskan berpuluh rumah penduduk khususnya di Teluk Kumbar, Permatang Damar Laut, Batu Maung dan Bayan Lepas .

Sebab itu Keris merasakan Kerajaan DAP Pulau Pinang wajib mengambil langkah pencegahan dan penebatan segera termasuk mengkaji semula pembangunan di kawasan berisiko seperti di lereng bukit.

Persoalannya, ke mana pergi wang kerajaan untuk menaiktaraf sistem perparitan yang tidak sekata dengan pembangunan? Ini masalah bila nak buat duit dengan syarikat kroni tapi tak fikir hal kebajikan rakyat.

K7L : Syarikat kroni maaaa....

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk