21/12/2015

Kerajaan BN Melaka VS Kerajaan DAP Pulau Pinang


 

Lihat sendiri jurang perbezaan kedua negeri itu. Apakah Rakyat Pulau Pinang merasa bangga dengan pencapaian DAP? Kini tidak kira kamu bangsa apa, kalau bukan sekufu dengan DAP kamu akan ditindas.

Lihat perbezaan ketara bagi kedua negeri tersebut. Di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri dilihat 'memeras' dengan harga rumah/tanah menjadikan mereka yang berpendapatan lebih RM3000 juga belum tentu mampu untuk memiliki rumah.

Sejak 2010, DAP Pulau Pinang menyaksikan penurunan ketara pelaburan langsung asing (FDI) dari RM10.451 bilion kepada sekadar RM1.794 bilion pada 2014. Malah beberapa kilang multinasional di Pulau Pinang juga telah ditutup sekaligus menyebabkan ribuan rakyat kehilangan sumber pendapatan.


Umpamanya penutupan kilang Fairchild Semiconductor yang menjejaskan kira-kira 1,892 pekerja. Dan untuk menampung kekurangan punca sumber pendapatan itulah menyebabkan Guan Eng membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan caj pembangunan, tarif air dan bayaran letak kereta.

Antaranya ialah caj levi hotel yang dikenakan pada setiap bilik yang disewakan manakala Majlis Perbandaran Pulau Pinang pula menaikkan cukai taksiran sehingga 14 peratus. Tidak cukup dengan itu, aktiviti riadah juga turut dikenakan bayaran tambahan apabila pengunjung Fort Cornwalis kini dikenakan bayaran RM10 berbanding RM3 sebelum itu.

K7L : Jadi pilih BN atau DAP?..

2 ulasan:

  1. Dengan orang kampung bleh ler tipu klentong...

    Yang pasti ramai Melayu boleh duduk tahap flat je dlm bandar2 kat mana2 negeri pun.

    ReplyDelete
  2. Dengan orang kampung bleh ler tipu klentong...

    Yang pasti ramai Melayu tak tahu nak buat mcmana bila ketinggalan oleh bangsa lain. Walaupun diperintah Melayu.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk