18/03/2014

Masalah Di Kajang - Apa PKR Buat 2008-2014? - Part 4 Peniaga/Penjaja Kecil



MPKj rata-rata ahli lembaga mereka daripada pemimpin pembangkang. Sikap mereka menekan para peniaga dan penjaja kecil di Kajang amatlah zalim. Hanaya zalim yang mampu menggambarkan betapa teruknya jika PKR yang mendapat kuasa.

Sepatutnya pihak ADUN PKR yang lepas menyediakan prasarana supaya para peniaga boleh terus mencari rezeki. Ini mereka terus 'mengunci pintu' atas sebab mereka nak tunjuk kuasa. Rakyat Kajang harus lihat perkara ini lebih mendalam.

Berbeza dengan Calon Barisan Nasional yang ingin memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan. Sekaligus dapat membawa para peniaga kecil ini menambah pendapatan mereka andai Kajang selalu ada aktiviti.



Jika bercakap pasal berniaga, hari ini Kak Wan telah bertemu semula dengan peniaga yang pernah dihalau dari berniaga di PERDA ( dalam Parlimen Permatang Pauh) ketika zaman Kak Wan jadi Ahli Parlimen.

Bayangkan kalau tempat yang dikatakan kubu kuat Anwar pun tidak dijaga apatah lagi Kajang yang cuma anak angkat pada Kak Wan? Itu beza antara mereka yang berkhidmat untuk rakyat atau mereka yang berjuang untuk cita-cita politik suami.

Baca juga:


Part 1 - Denggi
Part 2 - Banjir

Part 3 - Sampah

K7L : Part yang terkahir selepas ini..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk