27/03/2014

Mengapa Zahid Dikritik Hebat Tatkala RBA Mengeruhkan Hubungan China-Malaysia?



Malaysia sebenarnya mempunyai kuasa menyekat tohmahan, fitnah dan hasutan ini menerusi pelbagai cara, termasuklah akta dan undang-undang sedia ada.

Malaysia ada agensi yang pelbagai untuk tujuan ini termasuklah Suruhanjaya Multimedia.

Malah Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi ketika kempen Pemilihan Agung UMNO tidak lama dahulu sedang rancak, begitu bersungguh-sungguh untuk mengekang sebarang unsur-unsur subversif yang boleh menjahanamkan negara ini.

Cerita tentang RBA (Red Bean Army) bukanlah baru diperkatakan. Sudah terlalu lama. Namun sehingga kini, tidak seorang pun subversif tersebut ditangkap, didakwa, ditahan mahupun dihukum. Kebanyakan daripada bebas begitu sahaja.

Sedangkan pada masa yang sama, beberapa pemain siber yang pro-Kerajaan pula telah dipanggil, diberi amaran keras, malah dihukum kerana melakukan provokasi terhadap Pakatan Rakyat, bukannya negara!

Timbul persoalan, apakah sebenarnya pihak berkuasa Malaysia tidak cekap? Atau barangkali juga sekadar memandang remeh peranan yang dimainkan oleh RBA yang dibantu oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP?

Apakah cubaan RBA untuk mewujudkan ketegangan antara rakyat negara China dengan Malaysia, bukan perkara besar yang perlu diatasi secepat mungkin?

Petikan dari MyKMU

Hmm. Apakah yang sedang berlaku ketika ini? Keris yakin Zahid Hamidi yang sebelum pemilihan sangat besar dan panjang taringnya melaksanakan beberapa perkara. Mengapa beliau dilihat kurang efektif sebagai Menteri KDN?

Dahulu DS Hishammuddin yang pegang ramai kata dia penakut dan pondan tapi hari ini Zahid pun digelar seangkatan dengannya? Mudah atau susah sebenarnya jadi Menteri Dalam Negeri? 

Perihal RBA sila kotakan janji anda. Jangan kata perlu bukti Gred A pula?

K7L : Perwakilan beringatlah..

1 ulasan:

  1. Kalau Najib bijak gantikan saja menteri KDN dengan orang lain. Mungkin antara bekas Ketua Polis Negara. Zahid Hamidi dulu bergegar gegar sebab ada pemilihan kepimpinan UMNO. Penat lelahnya berhasil. Dia Naib Presiden UMNO dengan undi tertinggi!. Bukan menuduh, tapi semua mesti ingat Zahid ini pengikut tegar siapa!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk