17/03/2014

Kak Wan Berdoa Untuk MH307 Pakai Lilin?





Berdoa untuk MH307 pemimpin PAKATAN RAKYAT yang beragama Islam juga berdoa sambil memegang lilin ? Adakah mereka mengamal Kempen menghalalkan segalanya atau kempen menghalalkan apa yang haram. Hebat sungguh permainan mereka bagi meraih undi sehinggakan konsep akidah itu telah diketepikan. Amalan beragama segala agama seakan menjadi halal diamalkan walaupun pemimpin itu beragama Islam. Astaghfirullah. Keris ingin membawa sebuah firman Allah S.W.T dari Quran yang mulia :-




maksudnya :-

20. orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. 

                                                                                                                (al-Baqarah ayat 120)

Lihat gambar di atas menunjukkan pemimpin pakatan rakyat yang beragama Islam ini sanggup memperjudikan Islam mereka agar mereka dilihat seperti bersama dalam mendoakan MH 370. Realitinya berdoa dengan menggunakan lilin mempunyai khilaf di kalangan ulama di mana ulama menyatakan:- 

1)Haram 

Haram dalam Islam ini dibuktikan berdasarkan hadith daripada Abdullah bin Umar, baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dikira daripada kaum tersebut.” (riwayat Abu Daud, no: 4031, al-Tabraniy di dalam al-Awsath). 

2) Halal : 

Sebab pengunaan lilin dikira dalam isu muamalat. Secara logiknya pengunaan lilin oleh muslim dalam sambutan hari jadi tidak dikira ibadah sebab memang tidak wujud niat dalam memuja tuhan orang kristian. 

Bahkan sekiranya lilin tidak boleh digunakan oleh muslim dalam sambutan hari jadi, ia sepatutnya tidak boleh digunakan bila-bila masa seperti masa terputus elektrik dan object sacramental lain seperti air, tasbih, kemenyan, juga tidak sepatutnya disentuh dan digunakan oleh muslim langsung sebab semua merupakan objek sacramental. 

Tambahan pula dalam artikel “Maksud hadis sesiapa menyerupai sesuatu kaum oleh Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin ada menyatakan bahawa : Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri khusus sesuatu pihak yang mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka. 

3) Halal menjadi Haram: 

Apabila menghadiri upacara penganut kristian di mana ada doa atau pun sembahyang atau kematian yang memerlukan pengunaan lilin, muslim haram mengangkat lilin tersebut seperti penganut kristian sebab ia termasuk dalam isu ibadah sebab pada masa itu orang kristian menggunakan lilin dengan tujuan untuk upacara penyembahan. 

Kesimpulannya sebagai seorang pemimpin yang beragama Islam kita perlu ingat. Yahudi dan Nasrani sedang menggunakan umat Islam untuk menjahanamkan Islam melalui segenap ruang. Ini terjadi setelah agama Kristian kurang diterima di Barat, ini terbukti dengan banyaknya gereja-gereja telah bertukar kepada Masjid, dendam Yahudi dan Nasrani semakin membara. Mereka mengalih pandangan mereka kepada kebangkitan Islam di Timur. Kegiatan Islam yang semakin berkembang kian hari di Timur khususnya Malaysia telah menyakitkan hati mereka. Semakin Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam contoh, kita lihat semakin banyak dan nyata perancangan mereka untuk menangani kerancakan amalan Islam di rantau ini 

Dan inilah, antara perancangan halus mereka dengan menggunakan pemimpin yang gila kuasa seperti pemimpin Pakatan Rakyat dan sanggup melakukan apa sahaja untuk berkempen. Oleh itu, bagi pemimpin yang beragama Islam keperluan untuk berhati-hati dalam menjaga akidah dan perlakuan adalah amat penting kerana perancangan merosakkan akhlak dan budaya Islam ini akan berterusan sehingga hancurnya Islam.

Akhir kata, Keris memohon kepada pemimpin yang beragama Islam jangan terlalu taksub dengan jawatan dan kuasa sehingga menghalalkan apa yang haram.

K7L : 'Straight For Mardhatillah'


4 ulasan:

  1. Kawan aku penganut pas merekot(tegar) cakap ini gambar edit.....merekot sungguh laaaaaa,,!

    ReplyDelete
  2. Gambar yg tak sempat nak edit ialah AIR MANI ANWAR dlm lobang jubo Saiful..

    ReplyDelete
  3. Inilah contoh orang yg sanggup mengadaikan ugama atas kepentingan politik. Waspadalah.

    ReplyDelete
  4. Korang kan dah tau Anwar dgn family dia dah murtad apa nk sibuk2 lg..buang masa je melayan orang yg dah lupa siapa pencipta yg maha agung allah swt. biar dia sekeluarga kena azab dr allah satu hari nanti.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk