MPKj rata-rata ahli lembaga mereka daripada pemimpin pembangkang. Sikap mereka menekan para peniaga dan penjaja kecil di Kajang amatlah zalim. Hanaya zalim yang mampu menggambarkan betapa teruknya jika PKR yang mendapat kuasa.
Sepatutnya pihak ADUN PKR yang lepas menyediakan prasarana supaya para peniaga boleh terus mencari rezeki. Ini mereka terus 'mengunci pintu' atas sebab mereka nak tunjuk kuasa. Rakyat Kajang harus lihat perkara ini lebih mendalam.
Berbeza dengan Calon Barisan Nasional yang ingin memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan. Sekaligus dapat membawa para peniaga kecil ini menambah pendapatan mereka andai Kajang selalu ada aktiviti.
Bayangkan kalau tempat yang dikatakan kubu kuat Anwar pun tidak dijaga apatah lagi Kajang yang cuma anak angkat pada Kak Wan? Itu beza antara mereka yang berkhidmat untuk rakyat atau mereka yang berjuang untuk cita-cita politik suami.
Baca juga:
0 ulasan:
Post a Comment