Kak Wan kini sudah mula resah. Kempen PKR kian gagal mendapat sambutan para pengundi Kajang. Jika ada ceramah dibuat, yang hadir bukan dari kalangan pengundi tetapi jentera PKR sahaja yang memenuhi ruang.
Idea untuk meraih simpati juga sudah kehabisan skrip. Sementara menunggu skrip baru sedang digarap, Kak Wan mula merayau sampai kena sindir bila terserempak semula dengan orang Permatang Pauh yang pernah Kak Wan aniaya.
Kak Wan hari-hari menyerang peribadi Chew Mei Fun, mengkritik kerajaan persekutuan tanpa sebab dan mempermainkan kehilangan pesawat MH370. Berbeza dengan Chew Mei FUn yang setiap hari melihat apa yang boleh beliau bantu jika dipilih sebagai wakil rakyat.
Apa 5 masalah yang Kak Wan tak endah tetapi diambil berat oleh Chew Mei Fun :
Masalah-masalah ini pernah dijanjikan untuk diselesaikan oleh mantan ADUN PKR yang telah meletakkan jawatan sehingga menyusahkan rakyat Kajang. Sudahlah masa jadi wakil rakyat pun tak tunaikan janji, dah letak jawatan pun menyusahkan.
Sekarang tinggal pengundi Kajang untuk menilai apakah masih lagi mahu PKR jadi wakil rakyat? Belajarlah untuk serik setelah masuk penggal kedua pun tak jadi apa.
K7L : Fikir elok-elok..
0 ulasan:
Post a Comment