Makin lama makin melampau kempen yang dilakukan oleh puak Pakatan ni. Hingga mereka sanggup menyebarkan gambar separuh lucah calon BN yang telah diubahsuai gambarnya.
Mungkin niat asal nak hancurkan integriti calon BN tu, tetapi mereka silap, hanya orang bodoh saja yang boleh percaya dengan gambar macam tu.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini memberi peringatan kepada jentera siber pro-pembangkang, Red Bean Army (RBA) supaya berhenti daripada terus mengelirukan rakyat dengan menyebarkan pelbagai fitnah berhubung Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang.
Presiden Kongres Muka Buku Selangor (KMBS), Mohd Haziq Syahmi, RBA bertindak secara keterlaluan apabila sesuka hati menyebarkan maklumat tidak benar dan mengguna teknik ‘photoshop’ untuk memburukkan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.
“Golongan itu sangat jahat dan tidak mempunyai perasaan, mereka hanya mahu memalukan dan memburukkan imej calon BN.
“Cukup-cukuplah RBA. Sampai bila anda mahu menjadi ‘hamba’ kepada ahli politik yang sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa politik?” katanya ketika dihubungi Selangor Press, hari ini.
Menurut Mohd Haziq, RBA juga bertindak melampau apabila memperlekehkan usaha calon BN mendekati masyarakat Cina di Kajang.
Hari ini, sebuah akuan di Facebook dikesan menyebarkan gambar fitnah calon BN dalam keadaan separuh bogel. Gambar itu turut tersebar di Twitter.
Pelbagai jenis cara kotor cuba dilakukan oleh PKR khususnya dalam menyerang calon Barisan Nasional. Mereka dalam keadaan terdesak sebab Kak Wan sedang ditolak mentah-mentah oleh orang Kajang.
Tetapi dengan menggunakan gambar separuh lucah itu tidak baik. Mereka ini lupa mungkin di Kajang masih ramai anak-anak kecil termasuk yang masih bersekolah mungkin akan terlihat poster yang mereka edarkan.
Ini jadinya bila kuasa mendahului keperluan rakyat. Moral diletak tepi sedangkan mereka yang mendapat kuasa diberi amanah dan tanggungjawab yang berat. Mereka anggap kerusi DUN hanya satu mainan. Wajarkah rakyat Kajang terus memilih PKR?
K7L : Sekali salah pilih tak apa tapi kalau dua kali itu tongap namanya..
0 ulasan:
Post a Comment