05/03/2014

Khalid Pertahan Kerusi MB Selangor - Apa Agenda Anwar Lawan Di Kajang?




Sebab musabab bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan untuk memberi laluan kepada suatu pilihanraya kecil (PRK) terus menjadi isu yang tidak terungkai.

Pelbagai alasan diberikan oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun belum cukup menyakinkan Rakyat Selangor amnya dan pengundi Kajang khasnya.

Ramai pemerhati politik melihat 'Langkah Kajang' PKR sebagai mempersendakan proses dan sistem demokrasi, mempunyai motif yang diselubungi misteri serta mengandungi agenda yang lebih besar dari yang diketahui umum.

Rata-rata para pengundi Kajang yang ditemui penulis, aktivis sosial, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pemimpin Barisan Nasional pula menganggap tindakan PKR yang "memaksa" PRK Kajang pada kali ini sebagai membazir wang rakyat, membuang masa serta menyalahgunakan proses demokrasi. Tambahan pula dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa kos mengendalikannya menelan belanja RM1.6 juta.

Sebagai seorang yang sedang berhadapan dengan kes mahkamah, Anwar dilihat cuba mengkambinghitamkan proses pilihanraya bagi melepaskan diri atau menangguhkan perbicaraan tersebut selain dari membina momentum politik terhadap parti PKR khasnya yang ketandusan isu dan semakin tersisih dari kepercayaan Rakyat pasca PRU 13.

Tambahan pula pencabar beliau merupakan seorang calon yang berintegriti yang menentang sepenuhnya budaya seks songsang samada dilakukan oleh ketuanya bekas Presiden MCA atau oleh Anwar sendiri.

DALAM ertikata lain, dari aspek integriti dan moral, calon Barisan Nasional iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun sukar digugat selain dari penglibatan aktif beliau di dalam khidmat kemasyarakatan.

Apakah agenda Anwar bertanding untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar? Sudah pasti beliau sedia maklum laluan sukar dari parti sekutu PAS selain dari tradisi ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan merestui anak negeri sebagai Menteri Besar.

Tambahan pula beliau selaku Penasihat Ekonomi Selangor dilihat memuji Khalid Ibrahim sebagai seorang yang cemerlang di dalam pentadbiran dan Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Ringkasnya, tiada sebab untuk Anwar menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar melainkan beliau sudah pun mencium langkah Khalid untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Langat 2 yang mampu menyelesaikan krisis air demi kesejahteraan Rakyat semenjak sebulan dua yang lepas.

Selain dari itu PRK Kajang tidak dilihat perlu diadakan melainkan demi menyemarakkan momentum sokongan Rakyat kepada PKR di samping memastikan hayat politik Anwar diangkat setaraf pemimpin besar dunia seperti Nelson Mandela dan Mahatma Ghandi tercapai.

Mengapa Anwar dan PKR begitu terdesak (desperado) merangka dan mahu melaksanakan Langkah Kajang yang dicanangkan sebagai langkah permulaan ke Putrajaya sedangkan maslalah mudah penstrukturan air sahaja mengambil masa selama 6 tahun untuk dimeterai???

Apakah sebagai seorang Penasihat Ekonomi sebuah kerajaan negeri masalah memeterai sebuah memorandum persefahaman perlu mengambil masa yang terlalu lama?

Semoga para pengundi Kajang dapat menilai perkara tersebut sebagai kegagalan beliau dan mampukah para pengundi Kajang menzahirkan ketidakyakinan mereka pada Anwar Ibrahim dengan mengundi calon Barisan Nasional Chew Mei Fun.

K7L : Jangan salah undi..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk