Tetapi mereka lupa yang sebenarnya faktor pengurusan margin mereka yang rendah. Kenapa ianya rendah? Cuba kita lihat semula perbezaan kawasan FELDA berbanding syarikat-syarikat yang lain.
Kawasan FELDA jika dilihat dengan teliti boleh diumpamakan satu bandar kecil yang maju. Penuh dengan kemudahan seperti jalan yang berturap, terdapat bekalan elektrik yang baik, ada bekalan air, ada sekolah didalam kawasan FELDA malahan di sesetengah FELDA menyediakan prasarana WIFI yang percuma untuk kegunaan para peneroka dan keluarga.
Kalau kita lihat kawasan ladang-ladang milik syraikat swasta ada semua itu? Kebanyakan syarikat perladangan tidak menyediakan prasarana penuh kerana semuanya melibatkan kos yang tinggi. Sebab itu mereka dapat menjana keuntungan besar.
Bak kata omputih jika berbelanja lebih didalam perniagaan sudah pasti risiko untuk menanggung kerugian ada. Masalahnya apa yang cuba dipusingkan oleh penyuara-penyuara sumbang yang mahu memburukkan FELDA seperti Mazlan Aliman tidak menceritakan perihal sebenar.
Segala kemudahan yang disediakan sebenarnya menguntungkan para peneroka dan keluarga. Dalam masa yang sama peningkatan taraf hidup terjamin melalui prasarana yang cukup serta perladangan yang mengikut sistem terkawal.
Jangan cuba nak bohong orang dengan mengatakan FELDA tiada keuntungan. FELDA merupakan satu platform untuk orang Melayu khususnya meningkatkan taraf hidup dengan usaha sendiri. Cuma prasarana disediakan supaya mereka yang tinggal di kawasan FELDA tidak terkepung dalam dunia sendiri.
Seiring dengan kemajuan sedia ada kawasan FELDA menyediakan pelbagai kemudahan seiring dengan pembangunan yang sedang berkembang pesat. Masih nak tuduh FELDA merugikan para peneroka?
K7L : Fakta tetap fakta beb..
0 ulasan:
Post a Comment