07/02/2013

Episod 3 : #FGVH - Mazlan Aliman Gunakan Gaya Komunis Untuk Terus Tipu Peneroka Felda!



Satu lagi pembohongan Mazlan Aliman yang kantoikan dirinya adalah apabila dia membuat laporan SPRM terhadap Pinjaman Felda RM6 bilion daripada KWSP. Kononnya Felda telah kehilangan RM500 juta dan FGV (Felda Global Venture) tidak mendapat apa-apa keuntungan tetapi telah diberikan pinjaman sebanyak RM6 Billion oleh KWSP untuk menerokai pasaran antarabangsa.

Sigh~ Inilah yang jadinya kalau orang yang tak tahu apa-apa tapi nak jadi hero dengan buat cerita. Sudah terang lagi bersuluh, Datuk Ahmad Maslan menjelaskan bahawa RM1.5 bilion telah dibelanjakan untuk pembelian kilang gula milik Robert Kuok, yang diapungkan di Bursa Malaysia. RM2 bilion lagi telah dibelanjakan untuk program penanaman semula kelapa sawit. Tanah peneroka tidak dijadikan cagaran. Sekali lagi diulang, Tanah peneroka tidak dijadikan cagaran.

Maka kat mana masalah timbul? Pejuang peneroka atau penipu peneroka? Sebenarnya Felda mempunyai RM20 bilion dalam aset dan RM10 bilion dalam bentuk tunai dan saham yang boleh ganti, jadi pinjaman KWSP tidak memerlukan cagaran. Ertinya mereka membuat pinjaman untuk jana duit lagi. 

Felda melabur di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada dalam sektor minyak sayur-sayuran dan bijirin berasaskan minyak oleokimia. Oleokimia boleh menghasilkan produk kosmetik yang bermutu. Kiranya semua ini untuk jana pendapatan Felda dan Peneroka yang merupakan pembekal tunggal kepada Felda.


Ada masalah? Kerja kalau asyik nak dengar fitnah yang tak menguntungkan peneroka tak guna juga. Sebenarnya ramai tanya mengapa Mazlan pergi ke merata tempat untuk cerita bohong contoh macam kes pinjaman KWSP tu dan diulang banyak kali dengan skrip yang sama.

Ini sebenarnya adalah taktik komunis yang diajar untuk terus menipu sehingga orang Felda percaya bait-bait fitnahnya. Erti kata lain, Mazlan Aliman seperti diajar oleh 'kumpulan tertentu' yang berfahaman komunis untuk memburukkan Felda dan Kerajaan Malaysia.

Jadi nak percaya komunis?

K7L : Kena ingat PAS memang sokong komunis kan?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk