23/02/2013

Mana Mazlan Aliman Bila Anak Peneroka Terengganu Ditipu PAS?



Petang semalam satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Ketengah Jaya, Dungun bertujuan menuntut wang bayaran tambahan penyediaan tapak rumah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) generasi kedua semasa zaman pemerintahan PAS(1999/2004).

Seramai lebih kurang 40 orang anak peneroka generasi kedua telah berhimpun dan menuntut janji-janji PAS yang telah mengambil wang mereka untuk tujuan penambahan penyediaan tapak rumah.

Semasa era pemerintahan Pas, di kalangan pemimpin Pas Dungun telah mengadakan kutipan wang bagi projek penyediaan tapak generasi kedua felda kerteh dgn kadar RM 800-1,300 seramai 1,080 org. Tetapi sehingga kini tidak dilaksanakan.

Kemana perginya Mazlan Aliman yang kononnya perjuangkan hak peneroka dan anak peneroka? Bila ada kena mengena dengan PAS terus dia hilang tak nampak batang hidung. Sepatutnya dia adalah kan?

Kawan Keris ada hubungi beberapa orang kanan dia dan mereka menjawab Mazlan tak tahu pasal benda itu lagipun itu pasal kerajaan PAS. Mazlan hanya akan bantu jika menentang kerajaan Barisan Nasional sahaja.

Nampak tak perjuangan mereka hanya bertopengkan kejumudan politik? Sebab itu kena faham Mazlan Aliman hanya menjadikan anak peneorka sebagai boneka dia untuk memburukkan kerajaan. 

K7L : Tiada niatpun. Sekarang mana dia untuk bantu anak peneroka di Terengganu?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk