28/02/2013

#MPYM13 - Ketibaan Delegasi MPYM(Palestin) Disambut Dengan Penuh



KUALA LUMPUR, 27 Feb - Seramai 11 orang deligasi daripada Palestin hari ini tiba di Malaysia dalam rancangan lawatan mereka selama 10 hari bermula hari ini hingga 9 Mac.

Lawatan ini bermatlamat untuk memperkenalkan Malaysia kepada rakyat Palestin yang mencakupi aspek pendidikan, ekonomi dan pembangunan sosial di negara ini kepada kumpulan deligasi.

Ketibaan mereka petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah disambut oleh Presiden Malaysia Palestin Youth Movement (MPYM Malaysia), Shahrul Nasrun Dato' Hj Kamarudin dan Naib Presiden MPYM Malaysia, Arman Azha Abu Hanifah serta kepimpinan MPYM Malaysia yang lain.

Presiden MPYM Malaysia, Shahrul Nasrun Dato' Hj Kamarudin

Shahrul Nasrun berkata ketika ditemubual Media Putrajaya, "Saya mengucapkan selamat datang kepada semua Deligasi MPYM Palestin. Sepanjang kunjungan mereka, kita akan mengadakan 1st Conference For Palestin yang akan diadakan di KLCC pada 2 Mac ini. Mereka juga akan dibawa melawat ke tempat menarik di Malaysia yang akan dikemaskini melalui saluran media sosial dari semasa ke semasa."

Presiden MPYM Palestin, Mohammed Y. Hasna

Dalam perkembangan yang sama, Presiden MPYM Palestin, Mohammed Y. Hasna berkata "Saya amat kagum dengan perpaduan yang terjalin antara Malaysia dan Palestin yang telah diusahakan oleh Tun Mahathir Mohamad yang kini diwarisi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak".

"Kami akan mengambil peluang ini dengan sebaiknya yang mana kami rasakan Malaysia sebagai sebuah negara harus dijadikan contoh dari aspek pendidikan, ekonomi dan pembangunan sosial" katanya lagi.

Untuk mengikuti secara langsung pergerakan MPYM sepanjang siri lawatan, anda boleh rujuk hashtag #MPYM2013, Twitter @MediaPjO dan Portal Media Putrajaya. -EH/PjO

K7L : Orang-orang muda Palestin datang nak tengok Malaysia!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk