13/02/2013

15 Februari 2013 - Akan Ada Asteroid Melintasi Bumi?



Fenomena angkasa akan terjadi lagi pada bulan ini. Dikatakan sebuah asteroid akan melintasi bumi pada Sabtu, 15 Febuari 2013.

Seperti yang dinyatakan oleh Antara (4/1), asteroid ini bernama 2012 DA14 dan memiliki ukuran sebesar 45 meter. Dikatakan pada Sabtu, 15 Februari 2013 sekitar pukul 02.26 WIB asteroid ini akan sangat dekat jaraknya dengan bumi.

"Titik terdekat dengan bumi itu hanya berjarak sekitar 21.000 km, di wilayah orbit satelit-satelit GPS," kata Timbalan Sains, Pengkajian, dan Informasi Aeroangkasa Lembaga Angkasa dan Penerbangan Nasional (Lapan), Prof Dr Thomas Djamaluddin kepada Antara.

Meskipun ia mendekati bumi, dapat dipastikan bahawa asteroid ini tidak akan mengakibatkan gangguan apapun terhadap bumi. Terlebih lagi, asteroid ini juga tidak akan mengganggu kerja satelit yang mengelilingi bumi.

Namun, dapat dikatakan pada 97 tahun kemudian boleh jadi asteroid ini akan menjadi ancaman kita. Hal ini kerana pada 16 Februari 2110, 2012 DA14 ia akan menjunam ke perut bumi.

Asteroid ini sendiri ditemukan kali pertama pada tahun 2012 oleh seorang astronomi yang berasal dari Sepanyol. Kerana orbitnya yang sangat dekat dengan bumi, maka boleh dipastikan bahawa asteroid ini akan terlihat pada setiap tahun.

Asteroid sendiri merupakan pecahan dari batuan dan mineral logam beku yang berada di angkasa. Kebanyakan asteroid berasal dari lingkaran di antara orbit mars dan Jupiter. - Sumber

K7L : Macam mana diorang kira?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk