14/02/2013

Dr Rosli Upahan Mazlan Untuk Analisis FGVH Punca Kohilal PAS Hancur?



Haaa ini satu masalah beb! Siapa tahu pasal Dr Rosli yang bekerja di Bangladesh yag sekarang jadi penasihat ANAK. Yang siap buat analisis berat sebelah untuk saham FGV tu. Kenal tak?
Kalau nak tahu dia ini sebenarnya memang seorang yang gagal. Tahu apa itu Kohilal? Kohilal ditubuhkan pada tahun 1986,digerakkan oleh Tokoh dan aktivis PAS yang berpengalaman disektor Koperat dan Pengkoperasiaan.Dianggotai oleh hampir 20 ribu orang seluruh negara.

Tapi apa jadi pada Kohilal? Kohilal yang ditubuhkan macam siput sedut tu gagal sebab PAS kan? Mazlan Aliman tahu tentang kegagalan ini. Jangan lupa ya Mazlan orang PAS tahu? Kenapa dia tak ceritakan kes Kohilal kepada orang Felda?

Kalau dibuat perbandingan diantara Kohilal dengan FGV, jauh beza beb bagai langit dengan bumi perbezaan yang ada. Kenapa Dr Rosli tidak dipuah oleh Mazlan untuk pulihkan Kohilal? Kenapa nak sibuk-sibuk burukkan FGV?

KOHILAL yang ditenggelami isu penyelewengan RM 45 juta. KOHILAL  23,000 ahli telah hilang wang pelaburan sejak 1986. Berbeza dengan Koperasi FELDA (KPF) yang menjana wang tanpa sebarang penyelewengan. Malahan saham FGV yang dibangunkan oleh KPF tidak menipu seperti Kohilal.

Pelaburan ”The Year 2000” yang menjanjikan pulangan dividen 10% gagal dilaksanakan oleh KOHILAL. Yuran wajib 23,000 ahli yang membeli saham 10 unit @ RM 100 saham sepatutnya sudah mampu menjana perolehan sebanyak RM 2.3 juta juga lenyap.

Dengan tanpa pulangan dividen, PAS juga kalut menguruskan KOHILAL yang hanya mampu menjana keuntungan sebanyak RM 189,431.00 dalam tempoh 10 tahun sejak 1986 hingga 1995 (RM 18,943.10 sebulan / RM 1,578.59 sebulan).

Lagi satu.. Mazlan aliman perlu suruh Dr Rosli Yaakop tu pulihkan balik Kohilal.. Hahahhaaa.. Kohilal pun tak lepas.. Tapi ada hati nak nasihat pasal Felda.. Tahap dlm parti sendiri pun kantoi.. Ada hati nak nasihat GLC yg bertaraf dunia? Pu
Maka dengan perbezaan yang wujud ternyata Mazlan hipokrit dalam membantu anak-anak peneroka. Sebab ada juga peneroka yang tertipu dengan Kohilal. Kenapa kisah ini dilenyapkan oleh Mazlan dalam ceramahnya?

Sebab itu Keris cakap, Mazlan tidak ada niat pun nak bantu para peneroka Felda melainkan hanya mahu memburukkan GLC seperti Felda yang mana akan memberi impak kepada kerajaan Barisan Nasional.

Selama hari ini dia cuma menipu je dalam ceramah. Kejayaan Koperasi FELDA (KPF) yang mempunyai ahli seramai 215,412 ahli dengan aset berjumlah RM 1.56 billion bukanlah usaha sia-sia kerajaan selama ini.

Masakan MP PAS,  Kamarudin Jaffar mencadangkan Koperasi Felda menambah dividen daripada 16.5 peratus kepada 30 atau 40 peratus kepada anggota keluarga peneroka Felda setiap tahun memandangkan KPF diuruskan dengan baik dan professional. Maknanya memang orang PAS sendiri tahu FGV menguntungkan para peneroka Felda.

KPF kini menguasai 51 peratus ekuiti dalam Syarikat Kumpulan Felda dengan pegangan pelaburan RM 353 juta. KPF turut memiliki pelaburan hartanah sebanyak RM 235 juta. KPF turut memiliki pelaburan dalam 16 syarikat usahasama yang lain berjumlah RM 423.16 juta.

KPF juga, katanya memiliki modal syer dalam Bank Rakyat berjumlah RM 35.68 juta dan pelaburan dalam sekuriti pasaran berjumlah RM 458.43 juta dan jumlah terkini keseluruhan pelaburan KPF ujarnya ialah RM 2 billion.

Pembinaan Menara FELDA 50 tingkat di hadapan menara KLCC (kawasan tiga segi emas) merupakan pembelian di kawasan strategik, jika dijual pada masa hadapan akan beroleh keuntungan sebanyak RM300 juta.

Jadi kenapa Dr Rosli tak disuruh untuk pulihakn Kohilal? Dalam parti punya kes pun kantoi ada hati nak masuk campur hal Felda?

K7L : Bila hipokrit menguasai cita-cita politik..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk