09/02/2013

Bukti Mazlan Aliman #PenghasutFelda - Tak Layak Bercakap Pasal Saham #FGVH




Feb 8 2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang disaman oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), memfailkan pernyataan pembelaan sehingga 22 Februari. Penolong Kanan Pendaftar Catherine Nicholas turut memerintahkan lima defendan lagi iaitu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, memfailkan pembelaan mereka.Peguam Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Felda memberitahu pemberita Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dinamakan sebagai defendan ketujuh masih gagal memfailkan kehadiran di mahkamah.- Bernama


Tunggu masa sahaja lagi untuk melihat yang hak akan menjatuhkan yang bathil. Selama ini terlalu banyak hasutan dan penipuan yang dihamburkan oleh Mazlan kepada para peneroka Felda seluruh Malaysia.

Menjaja bahawa dirinya adalah hero namun sepandai-pandai anjing menyalak, akhirnya kalau kena tembak mati jua, Kerana suka sangat menebar fitnah, akhirnya dia telah disaman oleh Felda. Itulah orang dah beritahu dari dahulu lagi jangan membohong dan keluarkan kenyataan yang tidak masuk akal.

Rasanya sebelum ini Mazlan pernah kena saman dan kali ini kena lagi. ANAK yang ditubuhkan secara haram umum tahu hanyalah satu subjek untuk PAS mempengaruhi pemikiran para peneroka Felda dengan menjadikan Mazlan sebagai penebar benih-benih hasutan yang karut.

Mazlan Aliman dikatakan oleh beberapa sumber telah bersekongkol bersama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan. 

Haha! Kalau nak tahu, kalau Mazlan penceramah fitnah tegar puak PAS, yang lain-lain itu pula adalah mereka-mereka yang terkenal sebagai pemfitnah tegar siang dan malam melalui penulisan tidak berfakta dan tidak ada kajian atau bukti.

Maka boleh jalanlah mereka jika saman tersebut mereka kalah. Tapi macam Keris cakaplah, dah terang-terang mereka ini pemfitnah maka tak mustahil jika mereka kalah dan disaman. Tapi ada satu perkara yang Keris nak tekan kat sini.

Kalau inilah orang yang sibuk bercerita pasal saham sehinggakan dia telah diragui sebagai pemfitnah, masih nak percaya yang dia cakap tu betul? Maka ini harus dijadikan sebagai peringatan terutama kepada anak-anak Felda yang masih muda.

Jangan terpengaruh dengan kata-kata dia. Ramai sudah peneroka dan anak peneroka Felda menyesal setelah percaya kepada hasutannya. Kalau nampak konon ada para penyokong Mazlan di beberapa Felda, itu semua hanya lakonan.

Rata-rata mereka yang hadir itu sendiri tahu bahawa Mazlan memang hanya penghasut dan bercakap tanpa fakta. Namun apakan daya mereka semua terpaksa menurut perintah parti yang menyuruh mereka menyokong Mazlan setiap kali ada ceramah.

Jadi tidak timbul lagi kesangsian bahawa memang Mazlan tak layak bercakap pasal FGVH kalau telah difailkan saman kerana membohong dan fitnah. Oppsss dulu kena saman pun sebab fitnah kan? Maka jangan percaya lagi manusia penghasut ni!

K7L : Muka pembohong ni memang boleh nampak..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk