24/04/2018

Video - Apa Benda BN Bagi Kalau Menang PRU14? - Siri 3 #BersamaBN #HebatkanNegaraku



Barisan Nasional (BN) berjaya melaksanakan janji-janji bagi memperkasa golongan wanita seperti yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, perkara itu dibuktikan apabila sebanyak 99.4 peratus aku janji manifesto berke­naan yang turut merangkumi usaha mengangkat martabat wanita telah dilaksanakan sejak 2013.

“Kita turut berbangga apabila pencapaian wanita dalam pembuat dasar kini hampir mencapai sebanyak 22 peratus walaupun kita menyasarkan sebanyak 30 peratus menjelang 2020.

“Banyak lagi program telah dilaksanakan kerajaan BN, antaranya merangkumi pemerkasaan ekonomi ibu tunggal, penyertaan wanita dalam pekerjaan, usahawan dan pendidikan,” katanya dalam sidang akhbar baru-baru ini.

Pada masa sama, Rohani memberitahu, manifesto BN bagi PRU-14 yang julung kalinya memfokuskan peranan wanita merupakan satu kesinambungan ter­hadap usaha dilakukan selama ini.

Katanya, BN tidak pernah menabur janji kosong kerana kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan banyak inisiatif khusus untuk kaum hawa.

“Paling menarik dalam manifesto berkenaan adalah penubuhan Majlis Ekonomi Wanita yang dilihat berupaya meningkatkan pendapatan isi rumah.

“Malah Perdana Menteri memberi jaminan untuk menyasarkan sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus keanggotaan Dewan Negara disandang wanita,” katanya.

Jelas Rohani, berbanding pembangkang, mereka hanya mengitar semula usaha yang dijayakan BN selama ini.

Sementara itu, Rohani berkata, Jabatan Pembangunan Wanita akan membuat analisis berhubung peratusan calon wanita dalam PRU-14 selepas tarikh penamaan calon pada 28 April ini.

K7L : BN tidak abaikan kuasa wanita..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk