23/04/2018

Pakatan Harapan Sedang Porak Peranda Kerana Berebut Kuasa



Pembangkang sebenarnya hanya berpakat untuk merebut kuasa semata mata. Oleh kerana itulah, ada yang menangis nangis kerana surat layang, ada yang menyerbu Istana Segambut dan ada yang protes ugut keluar parti kerana hendak jadi calon.

Inilah porak peranda yang sedang berlaku dalam pembangkang. Gan Pe Nei, ADUN PKR Rawang menangis nangis kerana menyatakan ada orang buat surat layang tuduhnya seleweng duit peruntukan. Tian Chua mula mula buat sidang akhbar untuk umum keluar parti kemudian tarik “hand brake” dan buat keputusan lain. Begitu juga dengan Zuraida Mak Lampir yang pergi ke Istana Segambut memprotes ramai nama calon dari kem Azmin telah digugurkan oleh Wan Azizah.

Antara yang digugurkan dan dikaitkan sebagai kem Azmin dalam PKR adalah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong; ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari, ADUN Taman Medan, Hanizah Mohd Talha dan ADUN Rawang, Gan Pei Nie.

Semalam, wakil kumpulan yang pro-Azmin dalam PKR, iaitu Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dikatakan telah bertemu dengan Wan Azizah. Namun Wan Azizah khabarnya tetap berkeras tidak mahu geng “kartel” terlalu ramai menjadi calon. Tidak mahu Azmin terlalu kuat dan Anwar Ibrahim sendiri dipercayai merestui apa yang Wan Azizah dan Rafizi lakukan itu.

Kuasa untuk tandatangan watikah ada di tangan Wan Azizah, jadi Azmin tidak boleh buat apa. Antara yang digugurkan Wan Azizah adalah pegawai khas kepada Azmin, Hilman Idham untuk kerusi DUN Gombak Setia dan bekas Pengerusi PKR Melaka yang juga pegawai Azmin, Khalid Jaafar yang ditolak dari bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Parti bekas Menteri Kabinet, Datuk Seri Dr Shafie Apdal, Parti Warisan Sabah juga ada masalah. Partinya bercakaran dengan PAN di Sabah. Presiden Warisan itu meminta PAN supaya jangan bertanding di Sabah pada PRU14 tapi PAN tetap mahu bertanding.

Pengerusi PAN Sabah, Hamzah Abdullah tetap akan bertanding sekurang-kurangnya dua kerusi pada PRU nanti.  "Hari ini kita akan bertemu presiden parti kita dan kita akan membuat satu keputusan yang kita akan bertanding juga. Kita akan bertanding di kerusi yang telah diputuskan oleh Pakatan Harapan.

"Apa pun keadaannya, kita akan bertanding melawan sesiapa yang akan bertanding di Batu Sapi dan Kalabakan. Kita bukan lawan HARAPAN, kita akan lawan WARISAN kerana kita tidak ada pakatan dengan WARISAN," kata Hamzah kepada Malaysiakini.

PAN di Sabah menuduh Shafie adalah penyebab perpecahan dalam negeri Sabah kerana sifat tamak. Bukan itu sahaja, Hamza kata Shafie adalah seorang pemimpin yang angkuh dan biadab selepas Shafie menyatakan bahawa beliau sudah berunding dengan  Mahathir dan Presiden PAN, Mohamad Sabu supaya PPBM dan PAN tidak bertanding di negeri itu.

Dalam DAP sendiri pun bermasalah. Orang yang ada dua kes rasuah di mahkamah disenaraikan sebagai calon. Orang yang bercakap benar digugurkan pula sebagai calon. Malah digelarkan pula sebagai anjing oleh DAP kerana bercakap benar. Enam orang digugurkan di Pulau Pinang kerana tidak sehaluan dengan Guan Eng.

Kerana tidak puas hati PAN hanya dapat 10 kerusi berbanding 13 yang diminta, Pengarah Biro Pilihan Raya Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Jaafar Samsuddin telah meletak jawatan pada 19 April lepas. Tiga hari lepas, pembangkang bergaduh di Sungai Siput, Perak bila Ketua Penerangan Pakatan Harapan Sungai Siput membantah sebarang kehadiran calon luar di sana.

Di Kedah, pembangkang masih lagi gagal agih calon antara PKR, DAP dan PAN. Di Selangor masih belum selesai sepenuhnya agihan calon Pakatan Harapan, sedangkan Barisan Nasional sudah siap sepenuhnya senarai penuh nama nama calon yang akan bertanding.

Pembangkang porak peranda kerana hendak berebut kuasa. Pembangkang tidak bercakap lagi soal manifesto yang mereka buat, mereka sibuk merebut kerusi sahaja. Jadi rakyat kena pilih BN yang lebih konsisten dan mencapai kata konsensus dalam semua perkara berbanding pembangkang yang porak peranda.


0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk