19/04/2018

Mahathir Lari Ke Langkawi Sebab Takut Bertanding Kubang Pasu?



Kenapa lari ke Langkawi? Kenapa tinggalkan Kubang Pasu? Bukankah Tun M sudah berakar umbi di Kubang Pasu selama 30 tahun sebagai ahli Parlimen (1974-2004)?

Itu maknanya Tun M tidak berakar umbi. Buktinya, Tun M kalah bertanding G7 ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2006.

Itu juga bermakna, Tun M bukan ahli politik akar umbi. Kekuatannya ialah “legasi” kepada apa yang dia telah lakukan. Atas kepercayaan itu dia yakin rakyat masih kuat menyokongnya hatta untuk menumbangkan Najib dan menjadi Perdana Menteri di usia 93 tahun.

Kerana legasi itu, Pembangkang memperalatkan Tun M untuk menumbangkan BN walaupun tahu Tun M dari segi “mental dan fizikal” tidak lagi berkemampuan menjadi Perdana Menteri. Kalau menang Tun M akan disisihkan. Dia tidak berparti. Dia menumpang lambang PKR. Maka secara sah Wan Azizah akan menjadi Perdana Menteri.

Di Langkawi Tun M mempertaruhkan legasinya di Pulau Legenda itu. Apakah legasi boleh menumpaskan kekuatan akar umbi? Berkemungkinan, akhirnya legasi Tun M turut berkubur di Pulau legasinya itu kerana Tun M terperangkap dengan keyakinan palsu yang dimomokkan oleh Pembangkang.

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO. 18.4.2018

K7L : Bertanding pun kalah nanti..huhu..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk