24/04/2018

Cucu Pemimpin Komunis Calon DAP - Bukti DAP Berani Terbuka Bawa Elemen Komunisme?



Sejarah tercipta apabila DAP dengan secara terbuka kali ini menyenaraikan sesorang waris pemimpin terkenal Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai calon mereka di Selangor.

Mungkin mereka cuba memprovokasi Masyarakat Malaysia atau sekadar mencuba agenda tersembunyi mereka selama ini, langkah ini boelh disifatkan sebagai berani dan angkuh.


Tidak pasti sama ada ini kali pertama tokoh PKM dan waris mereka bertanding di dalam pilihan raya umum. Namun, penyertaan calon ini mendapat liputan yang cukup baik dari portal pro pembangkang

Jamalaiah Jamaluddin, cucu kepada pemimpin PKM yang terkenal, Shamsiah Fakeh, dipertaruhkan untuk kerusi Damansara Utama. Jamaliah tidak diletakkan di kerusi Melaka atau Pulau Pinang sebaliknya di Selangor, negeri yang dinaungi Raja Berpelembagaan.

DUN ini dikenali sebagai Bandar Utama sebelum persempadanan semula, tempat di mana 99% adalah pro pembangkang. Letak seluar dalam pemimpin DAP sekalipun boleh menang. DAP letakkan calon ini di kawasan pasti menang untuk memberikan satu isyarat yang jelas kepada Rakyat Malaysia.

Mat Sabu, Presiden PAN pasti antara yang paling bangga kerana beliaulah antara orang yang mahu mendaulatkan PKM sebagai pejuang kemerdekaan seperti apa yang dilakukan terhadap Mat Indera.

Kini DAP tidak berselindung lagi. DAP tahu masyarakat Malaysia terutama bangsa Melayu telah berpecah belah. Kinilah masanya DAP hendak menunjukkan belang sebenar mereka.

Sumber : Cucu Tok Selampit


0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk