17/04/2018

Link Untuk Semakan Daftar Pemilih PRU14 - #JomBN



1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan bahawa mulai 16 April 2018, semua pemilih berdaftar boleh membuat semakan mengenai maklumat lengkap daftar pemilih mereka yang terkini untuk mengetahui tempat mengundi di bahagian pilihan raya masing-masing. 

2. Semakan boleh dibuat melalui pelbagai kaedah dan saluran seperti berikut: 

a) anda boleh membuat semakan dengan menggunakan aplikasi mudah alih My SPR Semak. Aplikasi ini boleh dimuat turun dalam Google Play Apps atau Apple Apps secara percuma. 

Selain semakan daftar pemilih, aplikasi ini juga menyediakan kemudahan untuk menyemak nama calon yang bertanding di sesuatu bahagian pilihan raya dan juga boleh menyemak keputusan pilihan raya yang dipertandingkan. 

b) selain daripada itu, pemilih berdaftar juga boleh membuat semakan melalui pautan: pengundi.spr.gov.my. 

c) pemilih berdaftar juga boleh menelefon ke talian hot line 03-88927018 atau telefon ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. 

d) pemilih juga menyemak melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) iaitu dengan cara menghantar SMS ke talian 15888 dengan menaip SPR No.KAD PENGENALAN dan SMS ke 15888. 

3. Berikutan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu telah dikuatkuasakan baru-baru ini, pemilih berdaftar adalah dinasihatkan untuk membuat semakan maklumat daftar pemilih mereka lebih awal agar memudahkan perancangan pada hari pengundian. 

Sekiranya semakan telah dibuat dan pemilih telah mengetahui maklumat Pusat Mengundi serta Tempat Mengundi (saluran), maka pada hari mengundi mereka tidak perlu membuat semakan lagi di kaunter SPR (barung semakan) di Pusat Mengundi. 

Sekian dan terima kasih. 

JOM KITA SEMAK & JOM KITA UNDI 

ANDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tarikh : 12 April 2018 / 25 Rejab 1439H

Sumber : SPR

K7L : Undilah Barisan Nasional

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk