Sudah terbukti sekarang semua tuduhan Mahathir di atas pentas ceramah DAP dan PKR bahawa duit negara hilang dan dicuri adalah tidak benar. Duit hilang macam mana, kalau jumlah duit itu terus bertambah dan meningkat.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 13 April 2018 adalah berjumlah US$110 billion. Paling tinggi direkodkan sejak bulan Februari 2015. Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab mata wang asing (US$103.2 bilion), kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.6 bilion) dan aset rizab lain(US$3.2 billion).
Menurut BNM, aset berkenaan termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM425.00 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM3.99 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.06 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.38 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), dan aset lain (RM8.26 bilion)
Paling tinggi rekod tertinggi rizab bank negara adalah di zaman Datuk Seri Najib iaitu sejumlah USD$141.4 billion pada Mei 2013. Di zaman Mahathir, rizab Bank Negara Malaysia ketika dia bersara hanyalah berjumlah US$42.9 billion sahaja. Kalau tidak hilang sejumlah US$10 billion ketika skandal Forex pada tahun 1990an, tentunya jumlah itu banyak lagi.
Ini bukti jelas, Datuk Seri Najib lebih pandai menjaga duit berbanding Mahathir. Di zaman Mahathir, laporan RCI sudah membuktikan bahawa ada sejumlah RM31.5 billion telah hilang. Bila ditanya kepada Mahathir dia menjawab ‘tidak tahu’ sahaja.
Kit Siang pernah tulis buku bagaimana Mahathir tidak cekap menjaga duit negara. Buku Kit Siang itu bertajuk “The Bank Negara RM30 Billion Forex Lost Scandal”. Barry Wain pun tulis buku bertajuk “Malaysian Maverick” yang menyatakan Mahathir hilangkan RM100 billion duit negara.
Mungkin sebab itulah Mahathir dipanggil sebagai “kepala perompak” oleh Mat Sabu. Mahathir digelar sebagai “hantu no. 1” oleh Gobind Singh Deo. Rakyat jangan jadi mudah lupa, lihat video ini bagaimana Mat Sabu dan Gobind mengutuk Mahathir kerana tidak pandai jaga duit :
World Bank telah iktiraf cara Datuk Seri Najib menjaga ekonomi negara bila menyemak empat kali KDNK negara dan memberikan unjuran yang semakin menaik. Malah aliran masuk pelaburan asing ke Bursa Saham Kuala Lumpur mencecah rekod tertinggi dengan RM429.80 juta pada Khamis lepas.
Pelabur, institusi kewangan seperti CIMB, HSBC, RHB dan badan penarafan antarabangsa semuanya mahu Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib terus kekal di Putrajaya.
Sebab apa? Sebab Datuk Seri Najib pandai jaga duit dan ekonomi negara. Mereka tahu sejarah Mahathir menjaga duit negara, tidak sebagus Datuk Seri Najib yang berjaya keluar dua kali daripada kelembapan ekonomi dunia pada 2009 dan pada tahun 2014 ketika harga minyak dunia murah.
Bukan semua negara berjaya keluar daripada kelembapan dan krisis ekonomi, namun Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib berjaya dan pertumbuhan ekonomi yang dicatatkan Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia.
Bila duit dan ekonomi negara dapat dijaga dengan baik, semua orang dapat kembali nikmat itu menerusi BR1M, tok imam dapat elaun, peneroka Felda dapat habuan, pesawah dan nelayan dapat bantuan, ibu tunggal dan OKU terus dihulur pertolongan dan bayi dalam kandungan pun mendapat nikmat kemakmuran ekonomi negara ini.
Hendak cari kerajaan yang bagaimana lagi? Hendak patah balik negara ini ke tahun 1990an dengan menyerahkan kuasa ke tangan seorang yang digelar diktator dan Mahafiraun? Janganlah, carilah orang yang pandai menjaga duit dan ekonomi untuk masa depan negara yang lebih baik lagi.
K7L : Tak rindu zaman Tun..
0 ulasan:
Post a Comment