Penyebaran fahaman Syiah di universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sememangnya berlaku, tetapi tiada bukti jelas dapat dibuktikan, kata Presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah.
Realiti itu katanya, tidak dinafikan tetapi sukar untuk dibuktikan memandangkan ahli Syiah bergerak secara sulit dalam kumpulan kecil.
Oleh itu, sekiranya terdapat dakwaan penyebaran fahaman Syiah berlaku, pihak universiti dan Kementerian Pendidikan perlu menangani perkara ini secara serius sebagai langkah awal mengekang perkara ini daripada berleluasa.
“Pantauan bukan sahaja terhadap mahasiswa dan mahasiswi tempatan, malah mahasiswa asing dari Timur Tengah juga tidak terkecuali.
“Kita khuatir jika tidak di pantau secara serius, penyebaran fahaman Syiah akan menular dan merosakkan golongan ini yang akhirnya membawa kesan besar kepada umat Islam,” katanya kepada media, semalam.
Menurut Mohd Shahar, kekeliruan menyebabkan golongan mahasiswa dan mahasiswi ini mudah terpengaruh dengan fahaman Syiah.
“Mereka ingin pelajari ilmu agama secara mendalam, tetapi tidak tahu perbezaan antara Syiah dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang menjadi fahaman umat Islam di negara ini,” katanya.
“Sebelum perkara ini lebih dominan dan membimbangkan, langkah proaktif perlu dilaksanakan,” katanya. - UtaraNews.com
0 ulasan:
Post a Comment