PUTRAJAYA: Harga purata runcit ayam standard akan diturunkan daripada RM8.40 sekilogram kepada RM7.70 sekilogram sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata, skim berkenaan akan berkuatkuasa selama 17 hari bermula 26 Julai hingga 11 Ogos.Selain itu, 20 jenis barangan lain juga ditentukan harga maksimum bagi pelaksanaan skim ini.
"Dalam tempoh pelaksanaan skim ini, seramai 1,845 pegawai penguatkuasa dan 1,071, pegawai pemantau harga akan berada di lokasi yang menjadi tumpuan seperti pasar dan pasar raya hiper untuk menjalankan pemeriksaan semua," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. -Metro
Member Keris cakap kalau siarkan artikel ini nanti 'Komuniti Ayam' akan marah! Nak wat camne tu?
Saranan Keris kepada pengguna, jika ada yang menjual lebih daripada harga yang ditetapkan :
1) Jangan beli ataupun boikot terus penjual tersebut
2) Membuat aduan pada pihak berkuasa
3) Tangkap gambar pastu bagitahu lokasi kat media sosial
K7L : Banyak langkah perlu diambil untuk memastikan harga ayam ini mengikut harga siling...
0 ulasan:
Post a Comment