10/07/2013

Apa Jadi Kepada Peniaga Bazar Ramadhan Jalan Reko Yang Ditutup? #DAPSial





Di bulan baik yang penuh dengan rezeki dan nur, kita dikejutkan dengan tindakan biadap beberapa pemimpin Pakatan di Selangor. Mereka yang tidak ada hati perut dan sangat kurang ajar telah bertindak mencabar kesabaran rakyat Selangor.

Siapa tahu pasal kawasan berniaga di Jalan Reko, Kajang yang telah menjadi tapak rezeki kepada mereka-mereka yang berniaga hanya untuk bulan Ramadhan? Apa sudah jadi pada mereka?

Rakan Keris kata, ada yang sudah beli macam-macam termasuk habis modal permulaan untuk berniaga dengan harapan raya kali ini rezeki sedikit bertambah. Namun semua ini berlaku dalam sekelip mata.

Tidak tahu samada benar atau tidak tetapi maklumat yang sampai ke telinga Keris, terdapat 'syaitan' yang mendalangi penutupan kawasan perniagaan ini sebagai balasan Jonker Walk ditutup di Melaka.

Kita dah tahu yang 4 ekor Exco DAP tu memang jahanam. Sekarang Keris nak tanya, apa Exco berbangsa Melayu di Selangor buat untuk membela nasib rakyat Selangor yang kian hari ditindas?

Sedih rasanya bila melihat nilai-nilai bumiputera kian dihakis perlahan-lahan di bumi Selangor dengan bantuan 'bumiputera' sendiri. Inilah balasan jika kita beri kuasa kepada DAP. Apakah rakyat Selangor yang menyokong Pakatan buta atau memang tahu ini akan terjadi namun sedia untuk 'tutup mata' demi mencapai kuasa?

Ingatlah, ini baru tapak perniagaan bazar Ramadhan yang dirobek, jangan terkejut jika suatu hari nanti para peniaga bumiputera dihalau dari kedai sendiri. Belajarlah daripada orang Sarawak dan Sabah!

Mereka sedar Pakatan memang akan menindas rakyat!

K7L : Cerita surau belum habis..tungguu...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk