28/07/2013

#NewVillage Tanam Sifat Cintakan Komunis? - Kenapa Lulus UntukTayangan? #TandaPutera




"Tanda Putera Tak Boleh, The New Village Ok" Kenapa Jadi Begini?

Perkembangan terkini berhubung kelulusan tayangan filem 'The New Village' sangat mengecewakan saya. Sehingga kini majoriti rakyat negara ini ternanti-nanti bila filem "Tanda Putera" akan ditayangkan di pawagam negara ini.

Hanya kerana "Tanda Putera" menayangkan secebis babak sejarah peranan DAP dalam mencetuskan peristiwa 13 Mei, filem yang sarat dengan sejarah pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr Ismail telah dipeti sejukkan.

Lebih memilukan, tiba-tiba pula filem "The New Village" yang secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan Polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan.

Tidak cukupkah buku-buku tulisan Dr Qua Kia Song dan sekutu ekstrimisnya yang secara terang-terangan cuba menulis semula sejarah kemerdekaan Negara ini? Mengapa begitu mudah filem dan buku yang secara jelas cuba menyeleweng fakta sejarah dan menghasut rakyat dibiarkan bermaharajalela.

Saya menyeru agar kabinet mengkaji semula dasar kerajaan berhubung penerbitan filem dan buku sedemikian rupa. Dan saya rayu agar kebenaran untuk menayangkan filem "Tanda Putera" yang telahpun dipersetujui oleh kabinet disegerakan tayangannya.

Saksikan sendiri sebahagian dari babak "The New Village"




Jika diamati kisah yang cuba dibawa dalam cerita New Village ini, mereka sedang menanam propaganda halus yang mengatakan komunis berada di pihak yang benar. Walhal ramai yang tahu komunis ketika itu sangat kejam!

Kenapa Tanda Putera tidak dibenarkan tayangan tetapi New Village boleh lulus pula? Masa untuk pihak bertanggung jawab bertindak lebih tegas. Nak suruh ramai yang memberontak? Sudah tiba masa kita berhati-hati dengan mesej-mesej yang tidak elok.

Tanda Putera sejarah sebenar! 

K7L : Eh! Makin biadap puak-puak komunis moden ni..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk