Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi jaminan, dakwat kekal yang bakal digunakan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dijamin kekal walaupun dicuci beberapa kali.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bagi membolehkan kesan dakwat kekal pada jari, pengundi dinasihatkan untuk memastikan jari mereka tidak berminyak."Setelah dicelup, dakwat kekal itu perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering. SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci, warnanya akan muncul semula di jari," katanya dalam satu kenyataan selepas simulasi penggunaan dakwat kekal dijalankan di Bangunan Majlis Daerah Besut pagi tadi.
Bagi membuktikan keberkesanan dakwat itu, seorang wartawan menguji dakwat dengan mencelup jari dan mencuci beberapa kali. Ternyata dakwat masih kekal dan bertambah gelap.
Namun apa yang menjadi kebimbangan adalah, simulasi sama turut dibuat oleh SPR pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini. Hasilnya pun sama apabila dakwa dilihat kekal pada jari pendemo dalam simulasi itu.
Malangnya, dakwat yang digunakan kepada pengundi ketika PRU-13 tidak kekal dan dijadikan isu oleh pihak Pakatan Rakyat (PR) untuk mempertikaikan keputusan PRU-13.
Jadi, pihak SPR jangan mengulangi kesilapan dahulu dan membiarkan isu dakwat kekal dimanupulasikan oleh PR. SPR kena pastikan dakwat itu kekal apabila digunakan pada hari pembuangan undi nanti. Jangan sampai dosa-dosa SPR, BN pula yang kena tanggung. - Shah Alam Rebels
0 ulasan:
Post a Comment