29/07/2013

@NajibRazak Ketua-Ketua UMNO Bahagian Selangor Yang Perlu Ditukar! #Sepang #KualaLangat Paling Wajib!




Semalam kecoh di blog Shah Alam Rebels tentang senarai Ketua-Ketua UMNO Bahagian di negeri Selangor yang perlu diubah. Memandangkan Keris anak Selangor maka tak salah untuk berbicara perihal UMNO Selangor ini.

Mengikut rakan blogger SAR :


Oleh itu, penulis senaraikan Bahagian yang kalah di kerusi Parlimen/Dun dan memerlukan pemimpin yang baru:-

1. Sepang - Dato' Seri Ir. Mohd Zin bin Mohemed (kalah 3-1)

2. Selayang - Abdul Syukur bin Idrus (kalah 3-1)

3. Gombak - Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin (kalah 4-0)

4. Ampang - Dato' Ismail bin Kijo (kalah 4-0)

5. Pandan (kalah 4-0)

6. Hulu Langat - Datuk Johan b. Abdul Aziz (kalah 3-1)

7. Serdang - Datuk Hj. Mohd Fathil bin Daud (kalah 4-0)

8. Puchong - Dato' Hj. Mohamad Satim bin Diman (kalah 3-0)

9. Kelana Jaya - Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib sertai PAS

10. PJ Selatan - Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik (kalah 3-0)

11. PJ Utara - Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Hj. Sujak (kalah 3-0)

12. Subang - Dato'Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor rela berundur.

13. Shah Alam - Dato' Hj. Ahmad Nawawi bin Dato' M. Zin (kalah 3-0)

14. Kapar - Dato' Hj. Abdul Rahman bin Palil (kalah 4-0)

15. Klang - Datuk Mazlynoor bin Abdul Latiff (kalah 4-0)

16. Kota Raja - Ir. Hj. Kamaruzzaman bin Johari (kalah 4-0)

17. Kuala Langat - Dato' Hj. Sulaiman bin Mohd Karli (kalah 4-0)

Ketua Bahagian yang wajar dikekalkan berikutan prestasi baik dalam PRU-13

1. Sabak Bernam (menang 2-1)

2. Hulu Selangor - Dato' Mohd Idris bin Abu Bakar (menang 3-1)

3. Tanjong Karang - Dato' Seri Noh bin Omar (menang 3-0)

4. Kuala Selangor - Dato' Amiruddin bin Setro (menang 4-0)

5. Sungai Besar (menang 2-1)


Ya! Keris setuju dengan senarai ini. Terutama sekali Sepang yang memang perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan Barisan Nasional di Selangor. Sampai hari ini Keris tak nampak pun muka dia. 


Okeh! Paling wajib sekali ditukar adalah UMNO Kuala Langat. Sehingga #PRU13, inilah keputusan paling memalukan buat Barisan Nasional Kuala Langat yang dahulunya kubu kuat UMNO.


Sejarah mengatakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga datangnya daripada Kuala langat! Legasi Datuk Fatah Iskandar sehingga hari ini tidak ada kesinambungan yang mampu membawa Kuala Langat sebagai kubu yang tidak boleh ditembusi.


Ini bukan masalah calon sahaja, calon bagus seperti Kapt (B) Shaharuddin Omar pun tidak diberi mandat apatah lagi yang memang orang Kuala Langat tak gemar. Ketua Bahagian sepatutnya bertanggungjawab dalam setiap kekalahan dan ini merupakan kekalahan paling teruk dalam sejarah Kuala Langat.


Dato' Sulaiman sepatutnya 'gentleman' untuk mengundur diri. Jangan rosakkan lagi institusi UMNO Kuala Langat hanya kerana mahu mengejar cita-cita politik. Sudah tiba masa untuk berlalu pergi dan beri peluang kepada orang lain menerajui.



Sama juga buat Hasiman Sidom yang mana dia turut 'dtolak' oleh pengundi di DUN Morib setelah beberapa penggal berkhidmat. Patut dia tak payah jadi calon lagi pada #PRU13. Terkenal sebagai 'perangka' kepada politik Kuala Langat, jika diberi peluang lagi maka Keris tidak akan pelik untuk melihat akan 'runtuhnya' UMNO Kuala Langat.

Perubahan secara total perlu dilakukan di Selangor. Kita perlukan KUB KUB baru termasuklah Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor yang baru. Buat apa beri kepercayaan kepada orang yang dah dua kali memimpin dalam kekalahan?

Apa pun keadaannya, mungkin apa yang dipaparkan di sini tidak akan menyenangkan hati sesetengah pihak, tetapi penulis melihat dari sudut pandangan seorang rakyat. Oleh itu buatlah keputusan yang bijak demi parti, agama, bangsa dan negara, jangan lepas peluang keemasan ini bagi memilih barisan kepimpinan yang benar-benar layak dan paling penting diterima oleh rakyat


Basa cerita penuh dan panjang di [SINI]


K7L : Masa untuk Transformasi sebenar!..

2 ulasan:

  1. SEtuju siapa yang kalah undur secara terhormat begitu juga dengan Najib harap undur dengan terhormat banyak perancangan dan dasar menjahanam agama dan bangsa.Ucapan Tun M 100% setuju.

    ReplyDelete
  2. Presiden (pengerusi perhubungan masa PRU 13) yg memilih calon calon juga patut diberhentikan!!!!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk