27/01/2018

Undi Rosak, Keluar Parti & Protes Kini Umpama Barah Bagi Pembangkang



Penyakit yang melanda pembangkang semakin kronik. Yang di atas gila rebut jawatan dan kuasa. Yang jadi pemimpin di kawasan gila hendak jadi calon. Yang dibawah mahu buat undi rosak. 

Ketika ini, tiga penyakit ini sedang menghantui Pakatan Harapan (PH) iaitu gerakan undi rosak, keluar parti dan protes dalaman. Ia bukan sahaja sedang merebak dalam PH malah semakin membimbangkan pemimpin dalam pakatan berkenaan.

Keadaan ini menjadikan Pakatan Harapan semakin rapuh dan bercelaru. Bagaimana ia mahu menubuhkan kerajaan sedangkan akar umbinya sendiri tidak cukup kukuh untuk menahan parti itu daripada runtuh.

Gerakan undi rosak misalnya, ia dimulakan oleh penyokong PKR dan telah menjadi trending di media sosial. Dengan hashtag #undirosak, gerakan itu mendapat sokongan ramai terutama mereka yang pernah menjadi penyokong reformasi.

Salah satu sebab kenapa #undirosak diwujudkan adalah kerana penyokong reformasi ini tidak berpuas hati selepas Mahathir dipilih sebagai calon Perdana Menteri bagi PH sedangkan mereka inilah yang sanggup turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi menentang Mahathir, yang telah memecat Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Protes terhadap pencalonan Mahathir itu bukan hanya dilakukan oleh penyokong reformasi malah ada pemimpin dalam PH sendiri yang membantah pemilihan pengerusi Pakatan Harapan itu sebagai calon Perdana Menteri.

Ia termasuk anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur yang berpendapat bahawa langkah melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara hanya akan memperkenalkan semula kelahiran Mahathirism.

Selain Sangeet, ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin juga sebelum ini tidak senang dengan langkah pelantikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH namun beliau kemudiannya terpaksa akur.

PKR Selangor sebelum ini juga membantah pemilihan Mahathir malah tindakan Menteri Besar, Azmin Ali yang menawarkan kerusi Parlimen Gombak kepada Mahathir pada PRU-14 ini juga mengundang banyak tanda tanya.

Ini kerana semua tahu Gombak adalah kawasan kuat PAS dan kemenangan Azmin di kerusi berkenaan pada PRU-13 lalu adalah atas faktor dan sokongan PAS. Jika Mahathir sekali pun bertanding di situ, sudah pasti beliau juga akan kalah.

Namun tamparan paling hebat datangnya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) apabila Ketua Pemuda PPBM Pahang, Raja Mohd Azlan Raja Omar, menolak pelantikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH.

Ini kerana beliau melihat Mahathir tidak lagi sesuai memegang jawatan Perdana Menteri, sebaliknya memerlukan seseorang tokoh muda berkaliber.

Itu belum lagi masuk bab keluar parti beramai-ramai seperti yang berlaku kepada PPBM. Baru-baru ini lebih 100 ahli PPBM bahagian Klang meninggalkan parti itu kerana hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.

Tindakan mereka ini menyebabkan PPBM bahagian Klang lumpuh. Itu tidak termasuk lagi ahli-ahli parti berkenaan di bahagian lain yang telah lama meninggalkan parti itu kerana tidak berpuas hati dengan amalan kronisme yang diamalkan oleh PPBM.

Sudahlah ahli PPBM tidak berapa kerat, maka apabila ada ahlinya yang keluar parti maka bertambah sesak nafas parti itu. Jika dulu hendak diadakan mesyuarat bahagian dan cawangan pun sudah tidak cukup orang, kali ini lagi teruk masalah yang dialami PPBM.

DAP juga berdepan isu sama. Tahun lepas, empat wakil rakyat DAP Melaka bertindak keluar dari parti itu. Mereka ialah Anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, ADUN Duyong Goh Leong San, ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong.

Kemudian ia diikuti dengan 182 anggota akar umbi DAP yang diketuai tujuh bekas anggota jawatankuasa DAP negeri, keluar parti kerana 'kecewa' dengan parti itu.

Namun malangnya suara akar umbi ini tidak dipedulikan oleh pemimpin PH kerana mereka masing-masing sibuk mahu menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini.

Mereka sebaliknya lebih sibuk dengan urusan parti Barisan Nasional (BN) daripada memikirkan parti sendiri. Apa yang penting mereka mahu memperjuangkan agenda peribadi, berbanding mengambil kira suara penyokongnya.

Barah yang melanda pembangkang ini semakin parah. Tidak boleh diubat biarpun dua orang calon PM dan TPM dalam pembangkang adalah doktor. Hendak merawat bagaimana, dua orang doktor ini pun sama kena serang penyakit gila kuasa. 

Hendak makan ubat apa kalau ada penyakit gila kuasa? Hospital dan klinik pun tidak mahu terima penyakit itu. Oleh itu, betullah tindakan undi rosak yang dibuat oleh penyokong penyokong pembangkang itu. Undi rosak sebab marah pada pemimpin pembangkang yang gila kuasa. 

K7L : Pakatan tengah panik dengan Undi Rosak.. nak sangat kuda Mahathir kan?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk