21/01/2018

LGE Guna Skill Mahathir - Konsesi Tol Terowong Penang Untung Besar?



Mungkin ia konsesi tol ‘terbaik’ dunia. Seperkara lagi hal yang memeranjatkan berkenaan projek Terowong Pulau Pinang adalah berkenaan dengan perjanjian konsesi tol yang diberikan oleh Kerajaan Pulau Pinang kepada SPV Terowong, yang membenarkan SPV untuk melakukan kutipan tol selama 30 tahun.

Dalam perjanjian konsesi tol secara kebiasaannya, syarikat konsesi perlu membiayai pembinaan projek insfrastruktur mereka sendiri dan melakukan kutipan tol bagi mendapatkan semula modal pelaburan serta keuntungan mereka.

Bagaimanapun dalam kes perjanjian Terowong Pulau Pinang ini, Kerajaan Pulau Pinang telah melakukan pembayaran penuh kepada pihak SPV untuk kos pembinaan terowong dan mereka juga membenarkan syarikat tersebut untuk melakukan kutipan tol selama 30 tahun – dan ini menjadikan perjanjian tol tersebut sebagai perjanjian tol yang paling berat sebelah di dalam sejarah dunia.

Syarikat SPV tersebut bakal mengaut keuntungan hasil dari pembinaan terowong, membangunkan tanah utama perairan negeri yang diberikan sebagai bayaran kepada projek tersebut serta mengaut lebih banyak keuntungan melalui hasil tol selama 30 tahun.

Pada dasarnya – mengaut keuntungan demi keuntungan serta keuntungan yang berlebih-lebihan.

Ketepikan janji Pakatan mengenai tentangan mereka terhadap tol, jawapan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai mengapa SPV masih dibenarkan melakukan kutipan tol selama 30 tahun walaupun pembayaran sepenuhnya untuk pembinaan terowong tersebut telah dilakukan juga berbau mistik.

Ujarnya, “Jika tiada sebarang bayaran tol dikenakan, maka semua orang akan menggunakan terowong tersebut berbanding dua buah Jambatan Pulau Pinang sedia ada yang mengenakan kutipan tol.

“Kerajaan Persekutuan akan menggila sekiranya kami tidak melakukan kutipan tol. Kami akan dituduh sebagai mensabotaj kedua-dua jambatan tersebut dan berkemungkinan dihadapkan ke mahkamah.”
Jika anda merasakan bahawa Lim Guan Eng hanya bergurau, berikut merupakan jawapan rasmi yang dikemukakan beliau di dalam surat terbuka yang ditujukan kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

“Kerajaan negeri bersetuju untuk mengenakan tol bagi tempoh hanya 30 tahun kerana tidak mahu timbul sebarang pertikaian dengan Kerajaan Persekutuan atas sebab tidak mengenakan sebarang caj tol, dan menyebabkan Kerajaan Persekutuan mempunyai alasan undang-undang untuk menghentikan projek terowong tersebut dengan mendakwa bahawa kami sengaja mensabotaj kutipan tol bagi jambatan ke-2. Ia merupakan sebab mengapa kerajaan negeri telah membuat ketetapan kadar tol bagi terowong tersebut pada kadar yang sama seperti jambatan ke-2.”
http://www.malaysiakini.com/letters/224533

Gambaran yang diberikan adalah seperti sebuah Hospital Swasta mempunyai hak untuk menyaman Hospital Kerjaan kerana memberikan perubatan percuma.

Tiada apa yang boleh menghentikan kerajaan dari memberikan jalan alternatif yang lebih murah atau bebas tol berbanding jalan sedia ada. Alasan yang diberikan Ketua Menteri Pulau Pinang ini adalah tidak masuk akal sama sekali.

Pada awal 2016, setelah diberikan tekanan hebat oleh Pengarah BNSC, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan untuk mengubah projek terowong tersebut kepada jambatan tanpa tol.

Walau bagaimanapun, ianya bukanlah satu usaha sepenuh hati keana selepas itu beliau hanya menulis surat ‘memohon kelulusan’ sepanjang 2 muka surat kepada Menteri Kerja Raya tanpa sebarang dokumen sokongan, walaupun telah berulang-kali diminta untuk mengemukakannya sepanjang lebih dari 1 ½ tahun.

Sumber : Eric See-To.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk