Ia bagi membincangkan isu-isu dua hala yang telah dipersetujui kedua-dua negara semasa kunjungan beliau ke Malaysia pada tahun lalu.
Rombongan YAB Perdana Menteri turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Jamil Khir, Datin Sri Rosmah Mansor, Tun Rahah Mohammad Noah, beberapa ahli keluarga, kenalan dan pegawai Perdana Menteri.
Selain itu, adalah menjadi hasrat YAB Perdana Menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja ini. Dato’ Sri Mohd Najib telah mengajak ahli keluarga beliau dan beberapa kenalan dalam lawatan ini bagi bersama beliau dalam mengerjakan ibadah umrah.
Adik-adik YAB Perdana Menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat perbelanjaan sendiri ke Tanah Suci. Hanya Tun Rahah yang turut bersama Dato’ Sri Mohd Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi.
Nama-nama mereka ini telah dimasukkan dalam senarai rasmi rombongan YAB Perdana Menteri bagi memudahkan urusan pentadbiran dengan pihak Arab Saudi bagi program ibadah umrah.
YAB Perdana Menteri dan ahli rombongan juga telah diberi taraf Tetamu Negara oleh Kerajaan Arab Saudi.
Pejabat Perdana Menteri
Keris rasa betul-betul aneh dengan pembangkang dan macai-macainya. PM buat apa pun semuanya salah sahaja. Sebar macam-macam kutuk PM dan ada yang kutuk keluarga PM sekali.
Diharap dengan penjelasan ini ramai yang faham. Jangan tak mahu baca pula!
K7L : Berita baik semua jadi buta.. berita tak elok besar kuman pun baca..
0 ulasan:
Post a Comment