Menyedari kepentingan pendidikan, kerajaan berusaha dan komited dalam memberi bantuan persekolahan.
Antaranya, kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Sebelum ini, mereka perlu membayar yuran wajib bayar, yuran khas dan bayaran tambahan persekolahan, namun kini ia semua percuma.
Pinjaman buku teks juga diberi kepada semua pelajar.
Pelajar dari keluarga berpendapatan rendah juga diberi Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia berjumlah RM100.
Dalam Bajet 2018, RM550 juta disediakan bagi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains MARA dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Kerajaan turut mengumumkan peruntukan terbesar bernilai RM2.5 bilion bagi membaiki dan membina semula sekolah-sekolah daif menggunakan kaedah Industrial Building System.
K7L : Ini yang bagus.. jangan kondem je..
0 ulasan:
Post a Comment