04/01/2018

Mahathir Kata Johor Tempat Tinggal Kera Dan Monyet?


1. Itulah kegilaan Tun M. Suka mencari musuh dan berkata sedap sesuka kerana dia rasa dia adalah legenda.

2. Dalam ucapannya di Persidangan Tahunan pertama PPBM, Tun mengkritik Forest City Johor. Katanya.....”Habislah tanah kita dijual, tidak kiralah Forest City, saya harap Forest City akan betul betul jadi forest (hutan)...penduduknya akan terdiri daripada kera, monyet dan sebagainya.

3. Ucapan penghinaan itu disambut dengan gelak ketawa oleh para perwakilan termasuk orang Johor seperti Muhyiddin dan YB Dr Shaharuddin.

4. Sedarkah Muhyiddin, semua prime land di Johor Bahru sudah terjual semasa dia jadi MB samada kepada kroni dan syarikat milik Singapura. Contohnya tanah Mount Austin dan Kemayan City. Yang tinggal hanya tanah di persisiran pantai dan sungai seperti di Danga Bay. Apa yang boleh dibuat ialah penambakan atau reclaimation.

5. Inilah sebenarnya projek Forest City. Ia melibatkan penambakan laut membina 4 pulau buatan manusia melibatkan keluasan tanah 1,385.6ha atau 0.01% sahaja daripada seluruh negeri Johor. Dan seperti yang diperjelaskan banyak kali jika ada rakyat asing membeli aset seperti kondominium ia hanya melibatkan penjualan srata di atas tanah reclaimation.

6. Maka siapa ketawakan siapa? Muhyiddin patut malu kerana tanah tanah prime sudah tidak ada lagi di Bandaraya Johor Baharu sehingga menyebabkan kera dan monyet terpaksa lari ke hutan Pagoh mencari tempat perlindungan baru.


Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO. 2.1.2018

K7L : Johor wajib jatuhkan PPBM dan sekutunya.. 

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk