19/05/2016

Tidak Setuju Dengan Cukai Ke Atas Pengguna Online!



Kementerian Kewangan bercadang untuk mengenakan cukai kepada perniagaan atas talian tahun depan.

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, ini didorong kemajuan yang dicapai sektor berkaitan internet.

Tambahnya, kementerian telah meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk melakukan penilaian penuh perkara berkenaan.

“Penilaian dan kajian menyeluruh, bagi mengenakan cukai kepada mereka ini (peniaga atas talian) yang mendapat pendapatan yang boleh dicukai.

“Jika tidak, ia akan merupakan kerugian pendapatan terhadap kerajaan. Bergerak ke hadapan, banyak perniagaan berpindah ke ekonomi digital, sebab itu pungutan cukai kita perlu cekap dan melihat ke bahagian ini bersesuaian dengan transformasi ekonomi,” ujarnya.

Tambahnya, LHDN yang telah mewujudkan 'bahagian perniagaan atas talian dan perdagangan' dan juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk melakukan penilaian berkenaan.

Beliau memberi contoh, dalam kajian yang dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang menunjukkan pendapatan pemandu Uber dan Grab Car yang mencecah RM7,000 sebulan.

Menurut beliau, ini adalah dalam lingkungan pendapatan yang boleh dicukai.


Kementerian Kewangan umumkan  bahawa mereka mahu mengenakan cukai terhadap peniaga online & driver Uber / Grab sebab pendapatan mereka melebihi RM4,000 sebulan. Pada pendapat Keris apa masalahnya?

Harap pihak Kementerian bersedia dengan jawapan yang bernas dan tidak dangkal bagi menjawab pelbagai bentuk cemuhan dan kritikan daripada rakyat. Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga dan akhir sekali Perdana Menteri jadi mangsa.


Apa yang membimbangkan adalah pandakangan rakyat yang di atas pagar, hanya melihat setiap keputusan daripada Kementerian adalah daripada Perdana Menteri. Jangan terlalu jumud dalam sistem percukaian.


Jangan kerana mulut Tan Sri Mohd Irwan Serigar, nanti yang binasa ramai kakitangan kerajaan selepas PRU 14. Keris nasihatkan MOF kawal kenyataan yang tidak masuk akal dari kementerian.

Apa masalah untuk mencari pendapatan lebih melalui perniagaan online? Sekalipun lebih daripada RM3000, kan bagus supaya mereka tidak lagi merungut terbeban dengan Cukai GST?

K7L : Keputusan ini tidak ada kena mengena dengan UMNO.. UMNO menolak cukai tersebut!..

1 ulasan:

  1. stuju pandangan admin. kalau berdasarkan pendapatan 7000 sebulan sebagai Wang tambahan tu berapalah sangat LHDN hilang potensi cukai. bukan semua pun boleh dapat banyak tu. kalau ada yg dapat lebih Dari tu pun, rasanya kos maintainance juga akan lebih tinggi untuk mengekalkan keselamatan dengan millagebkenderaan yg semestinya meningkatkan. anggap lah itu bonus bagi kerajinan rakyat malaysia untuk hidup selesa sikit. jangan kerana katalah seribu pengusaa grab car di cukai.... rakyat yg tak buat grab car pun terpengaruh untuk menuduh kerajaan zalim. grab car hanya satu contoh online lah... kaau dah ada akta cukai online... sudah tentu anak muda yg kreatif berniaavtudung... baju anak2, kek Dan kuih muih online Dan banyak lagi akan turut terkesan...... bagaimana at kalau mereka mempeitikaikan pendapatan peniaga nasi lemak, kuih Chakoi, atau Casey tepi jalan yang jualannya mungkin lebeh Dari 10,000 sebulan yang tidak di cukai.... bukankah mereka ini juga mencari duit sampingan kalaupun tidak sebangani pendapatan utama untuk kelansungan hidup.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk