Sumber : Facebook
Zaman sekarang punya budak Sekolah dah tak ada kualiti dan tidak ada sifat survival? Nak saahkan siapa? Ibubapa ataupun cikgu di sekolah? Kalau dah tak boleh 'sentuh' sikit pun, macam mana nak tegur budak kat sekolah?
Hari ini anak kena rotan sikit bapak dah melenting. Ada satu kes bapak datang sekolah parang jari cikgu sebab ketuk jari anak dia yang tak pandai menulis dengan pembaris. Apa cerita?
Zaman Keris dulu, kena sebat dengan rotan kayu bagai. Setakat kena libas tu perkara biasa. Kalau nak mengadu kat mak ayah fikri banyak kali. Kalau mengadu silap-silap ayah tambah lagi sebab dia tahu kita dihukum sebab salah.
Hari ini penjelasan sudah tidak mahu didengari, tahu buat repot polis siap. Jadi kalau anak tu tak boleh dihukum atas kesalahan besok dah besar tak dengar cakap, jadi setan jangan salahkan cikgu tapi salahkan diri sendiri.
K7L : Cerita P.Ramlee bukan kosong.. cuba fikir..
yg cikgu ni pun satu hal .......
ReplyDeleteKan dah ada sop cara hukuman dalam surat pekeliling iktisas KEMENTERIAN.... Kalau ikut takde masaalah
Yg problem cikgu ni hukum tak ikut SOP. pas tu mula lah menyalahkan ibubapa lah.
rotan dan sebarang tindakan kena ikut sop. polis tembak suspek penjenayah pun ramai peguam bising dan kata tembak ikut perasaan. inikan pula murid. ramai ibu bapa sekarang dah tak mahu anak mereka dipukul macam mereka dipukul dahulu. ada cikgu kata, cikgu takut mak bapak. mak bapak takut anak. anak tak takut kat sesiapa.
ReplyDeletebagi aku dua2 salah, dh anak pun tk reti ke nak siapkan kerja sek. mak bapak tk pantau anak ada krja sek ke tak ??..
ReplyDeleteSebagai bekas Guru yang telah bersara, dirasakan guru X boleh dipersalahkan dalam hal ini. Dedikasi seorang guru akan menyebabkan beliau mungkin sedikit terkeluar dari SOP dalam menangani masalah-masalah dalam bilik darjah. Saya menasihatkan guru-guru sekarang supaya utamakan dahulu keselamatan diri mereka. Kalau tindakan mereka boleh menyebabkan diri terancam.... X guna ambil tindakan. Biarkan sahja perkara itu berlaku.;... kok ye pun bukan anak, atau sedara mara kita.....
ReplyDelete