21/04/2014

Hukum @AnwarIbrahim Tunduk Pada Mendiang Karpal Singh #SelamatkanAkidah


Di dalam video di atas Ustaz Idris sudah menerangkan haram diletakkan mayat di hadapan ketika jemaah sedang bersolat waktu. Orang yang sedang bersolat tiada niat langsung untuk tunduk hormat kepada jenazah. Namun ianya tetap diharamkan di dalam Islam. Apa tah lagi jika menunduk dengan sengaja dengan bertujuan untuk memberi penghormatan terakhir kepada si mati.

Bagi umat Islam perkara ini diharamkan dan perlu dielakkan. Jika dilihat pada solat jenazah sekalipun, rukun solat jenazah, tidak ada satu pun rukunnya menunduk atau rukuk ataupun sujud. 

Namun ada di kalangan pemimpin Islam tidak peka akan isu ini dan sewenang-wenangnya melakaukan perkara yang diharamkan. Diharap selepas ini, dapat dikongsikan video dan kenyataan ini kepada seluruh umat Islam supaya perkara yang sama tidak berulang la


Soalan:

Anwar Ibrahim datang ziarah orang kafir mati tapi tak datang sahabat Islamnya yang mati seperti arwah Ustaz Azizan dan arwah Ustaz Harun Taib?

Jawab:

Sesama muslim kita mempunyai hak antara satu sama lain. Terdapat beberapa hadith yang membicarakan berkenaan hak sesama muslim. Ada yang menyatakan 5 hak Ada juga membicarakan 6 hak yang boleh dituntut dan wajib diberi oleh semua umat Islam yang terdapat di dalam hadith sahih di antaranya adalah apa yang disebutkan dalam sebuah hadits shahih bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْهُ وَإِذَا عَطِسَ فَحَمِدَ اللهَ فَشَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

"Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam: Jika engkau bertemu dengannya maka ucapkan salam, dan jika dia mengundangmu maka datangilah, jika dia minta nasihat kepadamu berilah nasihat, jika dia bersin dan mengucapkan hamdalah maka balaslah (dengan doa: Yarhamukallah), jika dia sakit maka kunjungilah dan jika dia meninggal maka antarkanlah (ke kuburan) (Riwayat Muslim)

1. Bagi salam bila bertemu
2. Penuhi jemputan
3. Apabila diminta nasihat, berilah nasihat
4. Apabila bersin, doakanlah dia
5. Apabila sakit, ziarahilah dia
6. Apabila mati, iringilah jenazahnya

K7L : Takkan penyokong PAS semuanya buta?

5 ulasan:

  1. nabi bangun ketika jenazah yahudi datang.tanda hormat sesama insan walaupun dah mati.

    ReplyDelete
  2. NABI "BANGUNG" TANDA HORMAT,NABI TIDAK "TUNDUK HORMAT" JAOH BEZA BANGUN DENGAN TUNDUK HORMAT. LAGI PUN NABI BANGUN HORMAT TERHADAP MALAIKAT "YANG MENCABUT NYAWA" SIMATI BUKAN TERHADAP SIMATI. BELAJAR DULU TAPI BUKAN DENGAN USTAZ YG PRO PR, SEMUANYA PAS Belako........

    ReplyDelete
  3. Setuju.Nabi bangun hormat Malaikat yg cabut nyawa yahudi shj.apa punya ilmu hamPas

    ReplyDelete
  4. Btol...rasulullah hormati pd malaikat maut ...bukan pd mayat si yahudi tu...

    ReplyDelete
  5. Kalau Najib tunduk, dah pasti xde isunya..Munafik

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk