Saya didatangi pekerja hotel bertaraf lima bintang, berusia sekitar lingkungan pertengahan dua puluhan.
"Ketika mula bertugas di hotel kira-kira 5 tahun lalu, saya tidak bertudung. Kesedaran timbul dan saya kemudian cuba untuk menutup aurat. Malangnya bekerja sebagai front liner, pihak pengurusan hotel tidak membenarkan saya bertudung ketika bertugas," ujar 'Lia'.
"Larangan dibuat secara bertulis?," soal saya.
"Tidak, lisan," balasnya.
Tambah Lia, beberapa rakan sekerja juga mendepani halangan sama.
"Kami tidak berpeluang untuk menutup aurat ketika bertugas sebagai front liners. Setiap hari, sebelum pulang ke rumah, kami bertudung. Sebenarnya kami tidak faham mengapakah pihak pengurusan melarang kakitangan beragama Islam bertudung? Adakah prestasi kerja menurun sekiranya kami menutup aurat tatkala melayan pelanggan hotel? Tentunya tidak. Pelik, Islam dinobatkan sebagai agama rasmi Malaysia namun masih wujud segelintir majikan mengamalkan diskriminasi agama," ujar Lia kesal.
"Kebebasan beragama termaktub dalam perlembagaan negara," celah saya.
"Tidak di hotel tempat kami bekerja biarpun hotel itu dimiliki individu beragama Islam," balas Lia pantas.
Saya difahamkan, majoriti individu berjawatan tinggi hotel, bukan beragama Islam. Barangkali pemilik hotel itu tidak menyedari masalah menghimpit sebilangan kakitangan hotel terbabit.
Saya kemudian meminta Lia menghubungi persatuan hotel negeri dan mengemukakan perincian kes.
Lia dan rakan hanya memenuhi tuntutan agama Islam.
Izinkanlah.
Amat molek juga jika menteri bersuara dalam hal ini sekaligus mengeluarkan arahan tegas, melarang pemilik sebilangan hotel meneruskan diskriminasi melampau.
Datuk Seri Jamil Khir Baharom?
Kudis jangan dibiarkan, kelak bernanah.
Menarik artikel daripada rakan blogger Mazidul Akmal Sidek. Berkenaan kes-kes terpencil yang sebenarnya teramat berat. Kadang kala terfikir juga apakah justifikasi pihak JAKIM dalam melakukan siasatan?
Apapun sudah tiba masanya Menteri JAKIM kedepan dan mula berbicara tentang isu-isu berbangkit.
K7L : Jangan sampai tak boleh pakai baju kurung..kena pakai skirt sahaja..
YA ALLAH! Malaysia nikan NEGARA ISLAM!
ReplyDeleteDan lihatlah jenis MELAYUDAJAL, sampai azan pun boleh buat lapuran Polis?! Mana UMNO dan NGO-NGO Islam lain tak buat lapuran Polis ke atas DAPBANGKAIBABI dan si MELAYU ni . yg. MENGHINA ISLAM, dgn. menghalang AZAN dan pembinaan MASJID/SURAU! Sekarang TUDUNG pula - sebenaqnya ini dah lama berlaku; tengok sajalah MAS, wlaupun sy. penerbangan NASIONAL, apahal tak dak paramugari Islam Bertudung - atau tak dibenaqkan?!
Apa kejadahnya penghinaan ke atas Islam/umatnya boleh berleluasa kat M'sia ni?! Takkanlah tak ada undg-undg SHARIAH dan PERSEKUTUAN yg. boleh MENGHUKUM penjenayah-penjenayah mcm. ni, sedgkan ISLAM agama Persekutuan!
Pemimipin Islam PENGKHIANAT yg. benarkan ini berlaku - semoga ALLAH SWT hukum PENGKHIANATAN mereka ni!
Makcik Sambal Belacan,
DiJohor Bahru apa kurangnya. Siapa nak kerja di Hotel Bayview tidak boleh pakai tudung.
ReplyDelete