04/04/2014

Info #MyHome - DAP Meroyan Bila Tahu MyHome Beri Untung Pada Rakyat?



Ada yang berbunyi bising pasal MyHome. Lebih-lebih lagi puak DAP yang terkenal sebagai 'cekik darah' dalan urusan penjualan rumah. Di Selangor harga rumah bukan main tinggi sehingga menjadi satu masalah kepada rakyat Malaysia nak beli rumah.


Fakta Bantuan Skim MyHome

  • Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHone
  • Maksimum Bantuan Rumah RM30,000
  • Terhad Jumlah Peruntukan sehingga RM300 Juta
  • Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  • Terhad kepada 10,000 unit rumah

Syarat Kelayakan Skim MyHome

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pembeli rumah pertama
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah
  • Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana
  • Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun
  • Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli
Contoh Subsidi Skim MyHome

  • Subsidi akan diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli pada harga rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri.
  • Jumlah maksimum subsidi adalah RM30,000
  • Misalnya kalau kerajaan negeri menetapkan rumah kos rendah pada harga RM40,000, sedangkan pemaju terpaksa menjual rumah pada harga RM70,000, maka kalau pemaju dan pembeli berkenaan layak untuk mengambil bahagian dalam skim ini, maka rumah RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000, dan baki RM30,000 dibayar kerajaan.

Cara Daftar Borang Skim MyHome

1. Muat Turun Borang Skim Myhome menerusi laman http://ehome.kpkt.gov.my/ atau menerusi pautan yang tertera dibawah

Pemohon: http://ehome.kpkt.gov.my/myhome/Borang_MyHome_Pembeli.pdf
Pemaju: http://ehome.kpkt.gov.my/myhome/Borang_MyHome_Pemaju.pdf

2. Isi borang dengan lengkap berserta salinan dokumen yang diperlukan.

3. Senarai Dokumen Yang Diperlukan (Wajib Dihantar Bersama Borang)
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Suami/ Isteri
  • Salinan kad pengenalan anak
  • Salinan slip gaji
  • Salinan surat OKU jika ada

3. Borang yang sudah lengkap mestilah dihantar atau diposkan ke Jabatan Perumahan Negara seperti alamat berikut:

Ketua Pengarah
Jabatan Perumahan Negara (Unit Myhome)
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
Aras 34, No.51
Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya

Borang Permohonan Skim MyHome (Kaunter)

Orang ramai juga boleh mendapatkan borang MyHome secara percuma di Pejabat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula pada 1 April 2014.

Tarikh Permohonan Skim MyHome

Mulai 1 April 2014

K7L : Kenapa nak meroyan?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk