Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minggu lalu bahawa catuan air akan ditamatkkan sama ada pada Selasa (esok) atau Rabu nampaknya kemungkinan besar tidak akan akan menjadi kenyataan.
Ini kerana, selepas seminggu air dari takungan kolam serta bekas lombong dipam, paras air di empangan-empangan Selangor hanya meningkat sebanyak 1.18 peratus sahaja kepada tahap 40.08 peratus, sedangkan paras selamat ditetapkan pada tahap 50 peratus.
Demikian dinyatakan Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi pada Isnin, ketika mengumumkan peningkatan jumlah kapasiti enam daripada tujuh empangan di negeri itu dalam tempoh seminggu sejak 22 April lalu hingga hari ini.
Dengan itu, katanya, catuan air mungkin tetap akan diteruskan walaupun sebelum ini dikatakan akan tamat pada 30 April.
Kerajaan PR negeri Selangor setakat ini belum mencapai keputusan sama ada akan menamatkan catuan air kerana perlu meneliti beberapa faktor.
Beliau juga memaklumkan, kerajaan PR Selangor akan menambah sepuluh unit lagi pam air berkuasa diesel yang diimport dari China bagi menambah kapasiti takungan air di empangan negeri itu pada kadar yang lebih cepat, terutamanya bagi Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu.
“Menteri Besar dan Jawatankuasa Air Selangor akan berbincang untuk pertimbangkan semua perkara, termasuk paras loji empangan, kandungan aliran air dan jumlah takungan,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam.
Ini susulan penggunaan pam yang sudah dibeli sejak seminggu lalu hanya meningkatkan paras air empangan tidak sampai 2 peratus.
“Sepuluh pam itu akan sampai bulan hadapan,” kata Dr Ahmad Yunus.
Khalid dalam satu sidang media di Kangar, Perlis, 26 April lalu berkata, ctuan air di Selangor dijangka akan ditamatkan pada Selasa atau Rabu ini kerana pemantauan terkini terhadap empangan di Selangor mendapati paras tadahan secara puratanya sudah mencecah 39 hingga 40 peratus.
“Jadi, jika takungan air terus meningkat, kita akan umumkan penamatan catuan pada Selasa atau Rabu nanti,” katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama ahli PKR negeri Perlis di Kangar, Sabtu.
Tiga hari sebelum itu Khalid mengumumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tujuan mengepam air dari bekas lombong, kolam dan bawah tanah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di Selangor.
Menjawab soalan mengenai peruntukan yang diumumkan Khalid, Dr Ahmad Yunus berkata, setakat ini belum sampai RM1 juta daripada peruntukan itu yang telah digunakan untuk memberi diesel bagi pam-pam yang sedia ada.
“Peruntukan yang kita dah gunakan tak sampai sejuta lagi. Hanya beli untuk diesel kepada pam tersebut. Kita belum guna peruntukan untuk beli pam baru,” kata beliau.
Sebelum ini terdapat sembilan pam digunakan bagi mengepam air lombong ke empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air di negeri berkenaan.-bnbbc.my
K7L : Oh Selangorku!
Rahmat Allah SWT semakin jauh. Kerana apa ?
ReplyDelete1. Pemimpin-pemimpin PR berlaku zalim, menipu rakyat, berkuasa untuk mengisi kepentingan sendiri dan kroni. Manifesto pilihanraya hanya penipuan dan bukan janji seperti mereka umumkan.
2. Menjadikan Negeri Selangor sebagai tempat perjudian nasib politik mereka. Dap yang tidak perrnah menghayati dan menghormati Islam dan isu 'Allah' dan kegagalan penganut Islam terutama Pas yang begitu hambar perjuangan nya konon nya di nobat parti Islam. PKR yang mirip kekufuran.
3. Maksiat dan judi di biar berleluasa tanpa sekatan malah di galakkan. Menjaga kepentingan kafir berlebihan, merampas tanah dan harta bukan hak nya, memperkasakan agenda musyrikun dan kafirun harbi membelakangkan Ketuhanan dan Syiar Islam. Menjahanamkan intitusi yang sudah beroperasi puluhan tahun dalam memberi pendidikan dan kemahiran.
4. Kekejaman dan kezaliman terhadap Melayu yang menyara hidup kais pagi makan pagi... Mengayakan yang sedia kaya beharta dengan kedudukan istimewa dengan ganjaran besar tanpa amanah bekerja demi rakyat Selangor.
Banyak lagi. Harap blogget keris 7lok paparkan semoga anak-anak muda tidak tertipu selama nya. Hidup penuh fitnah dan kelentong sehingga hak-hak diri sendiri semakin terabai ! Isu darurat air satu bala dan petanda kezaliman mereka. Allah SWT itu Maha Melihat dan Membalas setiap perbuatan mungkar.
Apapun nak komen pasal air..tak payahlah..pakatan dah menang di selangor..air dah di beri percuma lama dah!!..setakat air tak ada beberapa hari biasalah kan..yg penting rakyat selangor suka dan undi kpd pakatan..masing2 dapat merasa mcmn air percuma dan dpat juga merasa air di catu...pakatan yg terbaik mentadbir selangor hingga rizad negeri rm2b...terbaikkkkk..
ReplyDelete