13/01/2013

Panggilan Terakhir Buat @Khalid_Ibrahim Untuk Bekerjasama Dengan Kerajaan Persekutuan! #IsuAirSgor



Ya! Ini merupakan panggilan terakhir buat Kerajaan Negeri Selangor sebelum rakyat benar-benar marah dan mampu bertindak di luar jangkaan. Selama ini Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan sibuk berdemonstrasi kononnya membawa mesej rakyat tentang pilihanraya kan?

Jangan terkejut pula jika rakyat Selangor bertindak agresif dalam mendesak hak mereka sebagai rakyat yang perlu dibela. Jangan nak kata yang Barisan Nasinal nak upah bagai. Sebab pasal air ini Keris dengar daripada penyokong tegar PKR Bandar Tun Razak sendiri.

Jadi sebelum jadi macam-macam, adalah lebih baik jika Kerajaan Negeri Selangor berhenti cari salah dan tuduh orang lain. Dah kena stop dan bertindak matang! Sekarang apa yang lebih penting adalah membuat tindakan yang boleh menyelesaikan kemelut air yang sangat menyusahkan rakyat.

Kena bertanggung jawab selepas sendiri yang buat salah. Walaupun sehingga hari ini Kerajaan Negeri Selangor tak mengaku salah mereka, Keris pasti SYABAS akan terima huluran tangan Oppa Khalid jika benar-benar ikhlas membendung krisis air yang melarat setiap hari.

Umum tahu krisis air yang melibatkan Pandan, Cheras dan melarat sehingga sebahagian Kuala Lumpur berpunca daripada kegagalan sistem pam air untuk berfungsi di rumah pam Wangsa Maju dan rumah pam Pudu Hulu.




Tapi dengan hanya menuding jari atau buat kajian tidak habis-habis, tidak akan buat pam tersebut tiba-tiba jadi elok. Tak ada kuasa magik yang boleh baiki, sama macam Loji Rawatan Air Langat 2 yang ditangguh sekian lama.

Maka apa yang perlu diutamakan oleh Pakatan Selangor adalah dengan bekerjasama bersama Kerajaan Persekutuan serta syarikat-syarikat konsesi air yang terdapat di Selangor. Jika tidak dilaksanakan dengan segera, kemungkinan besar masalah air akan melibatkan keseluruhan negeri malahan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mengalami krisis air yang paling teruk dalam sejarah.

Bagi mengelakkan impak yang membebankan kepada rakyat, Oppa Khalid tidak perlu lagi menyombong diri dan bersikap angkuh. Bukan semua kita boleh buat sendiri lebih-lebih lagi apabila masalah air kian meruncing.

Silap-silap bertahun boleh hadapi masalah air! Oi! Jangan lupa kesan krisis air di Selangor bukan sahaja menganggu kehidupan seharian rakyat, malah ia boleh menyebabkan ekonomi di Selangor jatuh merudum.

Biarpun Keris bukanlah seorang akauntan, tetapi secara logiknya kita akan lihat kesan sangat teruk jika krisis air ini dipandang remeh dan enteng. Kerana setiap pembangunan akan melibatkan penggunaan air yang banyak.

Pembangunan yang sedang dilaksanakan khususnya akan menjadi lebih lambat. Sekaligus menganggu penjadualan bagi sesetengah projek pembangunan yang telah ditetapkan. Tak kesian kepada pengusaha projek pembangunan yang terpaksa berhenti sebab tiada air. Kena pulak pengusaha hanya akan menerima bayaran setelah projek siap sepenuhnya. Camno nak ceghito tu der?

Kemudian ia juga membantutkan pelaburan di Selangor. Beratur panjang para pelabur yang nak masuk Selangor dengan jumlah yang boleh mencecah berbilion-bilin Ringgit Malaysia. Erti kata lain peluang pekerjaan yang sepatutnya boleh ditambah dengan pelabur seperti pembinaan kilang tidak akan berlaku.

Dapat pulak orang yang dah beli rumah tersangkut apabila pemaju tidak dapat teruskan pembinaan kerana kekurangan air. Yelah! Tak akan nak bancuh simen dengan air liur jika nak buat rumah? Tak kesian ke pada rakyat yang memerlukan air setiap hari?

Air berkualiti merupakan hak asas setiap manusia. Sebab itu Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu berlengah lagi. Ini merupakan panggilan terakhir buat Oppa Khalid. Selesaikan cepat krisis air ini. Sambutlah tangan Kerajaan Persekutuan yang nak bantu rakyat. Buang sentiment politik jauh-jauh Kita mahukan solusi! Kita mahu selesaikan segera. Apa tunggu lagi? Jalanlah pergi jumpa dan berbincang!

K7L : Mana Anwar Ibrahim? Tak nak cakap pasal air dan jam omega ke?

3 ulasan:

  1. Aku dah kata dulu, jahat2 umno pun dia tak sehingga sanggup melihat rakyat nya kelaparan dan kehausan, tapi jahat PR adalah jahat yang hakiki, mereka sanggup rakyat kelaparan dan kehausan asalkan dapat menyalahkan BN.

    ReplyDelete
  2. Hapuskan sykt syabas setle msalah..syabas byk mnyusahkan raksyt..lahanat pnye syabas

    ReplyDelete
  3. Kalau hapuskan SYABAS sapa bagi UMNO masyukk??

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk