14/01/2013

Kenapa Air Laut Rasanya Masin?



Semua jenis air mempunyai larutan mineral yang dikenali sebagai ‘garam’. Ini adalah kerana apabila air mengalir di sungai, ia membawa jumlah kecil garam mineral daripada batu dan tanah di tepi-tepi dan dasar sungai tersebut. Walaupun begitu, tidak semua air yang ada rasa kemasinannya.

Sesetengah saintis berpendapat bahawa lautan sebagai sumber air yang terbesar, mempunyai lebih dari 50 juta tan larutan garam. Jika garam di lautan boleh diambilkan dan dibiarkan di darat, ia mungkin dapat dijadikan lapisan tanah yang tebalnya lebih dari 500 kaki dan dengan ketinggian lebih dari bangunan 40 tingkat.

Seperti yang dikatakan tadi, walaupun semua jenis air mempunyai kandungan garam, rasa kemasinan tidak terdapat dalam semua jenis air tersebut. Ini adalah kerana kandungan garam yang lebih dalam air laut daripada sumber-sumber air yang lain.

Sebenarnya air tasik dan sungai juga mengandungi garam tetapi air ini selalunya akan mengalir ke lautan. Apabila air ini mengalir ke lautan, ia akan melalui proses penyejatan. Di dalam proses ini, air akan disejat dan larutan garam mineralnya akan terkumpul di dalam lautan. Maka itu setiap kali proses penyejatan ini berlaku, air laut yang kekal akan bertambah masin.

Air laut yang mempunyai kandungan garam yang tertinggi adalah di Laut Merah dan juga di Teluk Parsi. Ini disebabkan oleh keadaan di mana kadar penyejatan sangat tinggi dan kadar kemasukan air tawar pula rendah.

sumber dari blog pelaut: http://www.akasiamag.com/

sumber asal ; http://www.cybermelayu.com
K7L : Dah tahu kan?..Oppa Khalid Style!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk