Gila! Akhirnya dua pam yang terdapat di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu telah ditahan oleh Unit Amal setelah kedua pam tersebut didapati bersubahat dalam konspirasi yang menyebabkan rakyat Selangor tiada air.
Ceh! Hanya orang gila dan percaya penipuan pembangkang je boleh percaya cerita macam ini. Apa ke gila Pam air dipersalahkan pula selepas Kerajaan Negeri Selangor dah tak ada modal nak salahkan SYABAS.
Fitnah gila babi terhadap SYABAS dan Tan Sri Rozali. Satu perkara yang melampau sebenarnya! Memfitnah Perdana Menteri yang beri green light untuk benarkan SYABAS sabotaj bekalan air di Selangor merupakan satu tuduhan paling bodoh dan melampau.
Ini bermakna mereka menuduh Pam di dua-dua rumah pam telah dirosakkan oleh SYABAS atas arahan Perdana Menteri! Hoi! Ini masalahnya bila fitnah tapi tak check fakta!
Pam tu rosak sebab terlebih bekerja. Patutnya pam-pam tersebut bekerja untuk memberi tekanan mengepam air sebanyak 138 juta liter sehari tetapi ia terpaksa mengepam sebanyak 150 juta liter pula.
Oppa Khalid sendiri cakap yang sepanjang tahun 2012, 18 hari saja pam-pam ini beroperasi melebihi 200 juta liter sehari. Kadar aliran purata pam-pam tersebut adalah 182.204 juta liter sehari.
Kalau tengok kadar aliran purata pun dah seram ok, ya lah kalau pam direka untuk 138 juta liter sehari, tapi tiap-tiap hari keluarkan 182 juta liter sehari. Tu pun masih tak cukup 30 juta liter lagi. Dah cakap nak lagi satu pam, boleh dia cakap sengaja direka. Op Op Op Oppa Auta Khalid style!!!!
Oppa Khalid cakap Langat 2 bukannya boleh selesai isu air sekarang sebab belum siap. Memang lah betul, Langat 2 untuk permintaan tahun 2014 tapi kalau tak buat sekarang boleh ke siap nanti. Sekarang ni pun dah ada pam-pam yang sudah surrender, nak tunggu lagi pam-pam semua beramai surrender baru terbuka mata?
Ini pam-pam, tak masuk lagi paras air di kolam-kolam utama yang turun mendadak. Minggu lepas jer, malam Sabtu lalu Syabas terpaksa aktifkan ERP Kod Hijau di wilayah Petaling berikutan penurunan paras air di kolam Lapangan Terbang Subang dan kolam Air Bukit Dengkil yang dikesan dua hari lalu. Kalau air dah tak ada, apa yang nak diagihkan oleh Syabas?
Hannah Yeoh@hannahyeohFrom Syabas:Lori tanker telah bergerak ke ss18, ss19, ss17 &ss15. Sekarang masih bergerak kesana. HQ akan tambah 4 tanker utk ke Subang Jaya
12 Jan Hannah Yeoh@hannahyeoh
Syabas' classic answer on when water supply will resume: No answer, reservoir is running low due to high demand & unable to fill up.
Ni dah dua kali dah ERP kod hijau untuk Subang. Apa Oppa Khalid nak cakap, rakyat Subang guna air banyak? Kalau periuk nasi tu boleh masak untuk 10 orang, macam mana nak diagihkan kepada 18 orang? Mestilah 8 orang tak dapat makan kan!!
Hannah Yeoh twit cakap Syabas HQ akan hantar 4 tanker untuk Subang Jaya. Apa jadi kat Lori dari MPSJ? Kan Oppa Khalid dan Faekah dah kerahkan PBT hantar lori? Mana lori nya?
Siapa yang telah memusingkan fakta? Sehingga ke hari ini Khalid tidak bercerita tentang pemilikan saham sebanyak 30% dalam SYABAS. Khalid juga berdiam diri apabila dokumen yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah membekukan pinjaman CAPEX SYABAS. Siapa yang cakap auta sekarang?
Soalannya, kenapa Rafizi yang sibuk dengan hal ini? Bukan ke Rafizi dah berhenti daripada Kerajaan Negeri Selangor? Nak bercakap atas kapasiti apa ini? Agaknya si Rafizi nak bertanding kat kawasan Pandan kot… Ya lah belum ada kawasan, jadi sekarang ni kenalah tunjuk buat kerja, senang nak dipilih jadi calon nanti.
Keris hairan jugak atau Rafizi sedang dijadikan kambing hitam supaya dia yang akan dipersalahkan sekaligus menutup aib yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Apapun Keris cadangkan kepada Tan Sri Rozali untuk menyaman penulis blog yang mereka-reka fitnah besar terhadap SYABAS dan Perdana Menteri. Sudah tak ada amasa nak layan Press Conference mereka yang asyik salahkan orang itu dan ini sehinggakan pam pun boleh dituduh bersubahat kan?
Apapun kini Kerajaan Negeri Selangor sudah mula menggelabah sebab rakyat sudah tahu ini semua angkara 'mainan politik' Pakatan. Sampai bila nak seksa rakyat Selangor?
Berhenti tuduh orang lain, matang sikit kalau nak jadi pemerintah. Kena faham mana satu yang perlu didahulukan dan tolak semtimen politik kalau ia membabitkan rakyat.
Pergi berdemo boleh, sponsor banyak-banyak bas tak apa, nak bincang untuk selesaikan masalah air tak mampu?
K7L : besok pam akan disaman..haha
0 ulasan:
Post a Comment