Ibubapanya yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang tengahari tadi (Jumaat) untuk mengenalpasti mayat kanak-kanak tersebut mengesahkan bahawa itu ialah mayat anaknya berdasarkan seluar dan seluar dalam pada mayat sama dipakai oleh William pada hari kehilangannya.
Willian, anak kedua daripada 3 beradik dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat Subang Jaya selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.
Setakat ini, pihak polis mengesahkan bahawa 75% itu mayat Willian sehingga laporan DNA dikeluarkan secara rasmi...
OCPD Subang Jaya ,Yahaya Ramli memberitahu wartawan mereka menjangka akan dapat laporan DNA pada hari Isnin ini.
Menurut Yahaya, bedah siasat tidak dapat dijalankan kerana mayat Willian telah reput. Mayat Willian ditemui mengalami beberapa kesan gigitan binatang semasa terapung di sungai.
Berita kehilangan Willian mendapat liputan dan perhatian banyak pihak. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin turut menunjukkan gambar William ketika sesi sidang akhbar lawatannya di Melaka tempohari. - MediaPJO
0 ulasan:
Post a Comment